Viral
Pempengaruh Bebas Penjara, Rindu Dengar Bunyi Duit Keluar Dari Mesin ATM
Pempengaruh dan juga usahawan Medina Zein dibebaskan dari penjara lebih awal selepas ditahan kerana kes penipuan beg tangan mewah dan membuat ancaman kepada seorang individu.
BERITA TRENDING: Konflik dengan Medina Zein, Irwansyah Enggan Pilih Damai
Medina ditahan pada 2022 dan dijadual keluar dari penjara tahun 2026. Namun oleh kerana berkelakuan baik, Medina Susani Daivina Zein dibebaskan dengan syarat lebih awal dari Lapas Perempuan Kelas IIA Pondok Bambu, Jakarta Timur, Indonesia pada 24 Oktober 2024.Sebaik keluar dari penjara, Medina yang sebelum ini terkenal dengan perniagaan di bawah jenama MD Cosmetics, MD Glowing, Medina Zein Jewelry, serta percutian Medina Zein Tour and Travel memberitahu kerinduannya bebas daripada tirai besi.
Isteri kepada Lukhman Azhari itu telah pergi ke kedai serbaneka IndoMart untuk membeli makanan dan menikmati penghawa dingin.
“Dan saya rindu dengar bunyi duit keluar dari mesin ATM,” katanya teruja kepada media tempatan.
BERITA TRENDING: Kasus Dugaan Penggelapan Uang, Polisi Panggil Laudya Cynthia Bella, Irwansyah dan Medina Zein
Selain itu Medina mengaku mahu pulang berehat di rumah selepas dua tahun tidur di penjara dalam keadaan kurang selesa.“Saya mahu tidur di atas tilam yang empuk dengan penghawa dingin kerana tidak memperolehnya sepanjang ditahan.
“Juga berehat dan makan nasi Padang sebelum bertemu orang,” katanya lagi.
Terdahulu Medina terkait kontroversi dengan beberapa rakan selebriti dan didakwa sering melakukan penipuan dalam urus niaga yang dijalankan.
BERITA TRENDING: Jalani Rehabilitasi 3 Bulan Lantaran Positif Narkoba, Medina Zain; Saya Minta Maaf
Must-Watch Video