,
Hiburan

“Pemotongan Usus Dilakukan, Kira-Kira 90 Sentimeter” - Ibu Risau, Shazroul Dirawat Di ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Usus

Mya Amri
21/09/2019
15:19 MYT
Bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada usus.
Menurut ibunya, Noraini Elias, Shazroul jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
“Anak saya dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU HKL. Dia sudah melalui dua pembedahan, masing-masing pada 10 September lalu dan hari ini. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
“Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan mereka berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa. Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya,” katanya seperti yang dilapor BH Online.
Menurut Noraini, berat badan Shazroul juga menyaksikan penurunan secara drastik, daripada 61 kilogram (kg) kepada 45 kg.
“Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Begitu juga dengan anak saya yang mendapat perkhabaran duka apabila dimaklumkan mengenai hal ini. Lebih menyedihkan, ia terjadi sebelum sambutan hari lahirnya.
“Saya bagaimanapun percaya, dia anak yang kuat,” katanya.
Shazroul kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Sebelum itu, perkhabaran berkenaan turut dikongsi beberapa temannya, termasuk rakan seperjuangan dalam program terbabit, Natasha Nordin.
Shazroul pernah menghasilkan album berjudul Cuma, selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.