,
Hiburan

Peminat Wanita Menangis Tonton Lakonan Fattah Amin

Umirah Halim
21/02/2024
11:01 MYT
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ada peminat daripada Indonesia yang menangis gara-gara menonton pengakhiran wataknya di dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku.

BERITA TRENDING: “Jodoh Dah Ada Depan Mata Tapi…” - Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Dengan Fazura

Memegang watak sebagai Yusuf (seorang dukun/psikitiari), Fattah berkongsi gadis ini dikatakan sedih kerana watak yang dipegangnya benar-benar memberikan kesan kepadanya.
“Ketika membuat lawatan di setiap pawagam untuk promosi bagi filem ini, tiba-tiba ada seorang peminat yang juga penonton menangis kerana terlalu emosi melihat filem ini.
“Kami pun tak sangka watak Yusuf ini boleh buat sampai penonton betul-betul menangis.
“Sebab dia ada plot twist kan untuk watak ini jadi orang tak sangka Yusuf akan jadi sebegitu.
“Tapi alhamdullillah saya sangat bersyukur sebab kali pertama saya melakonkan filem di Indonesia penonton boleh terima watak yang saya bawa,” katanya.

BERITA TRENDING: Kehidupan Semakin Tenang, Fazura Rancang Buka ‘Kilang’ Untuk Anak Kedua - “Kalau Boleh, Saya Nak…

Fattah Amin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem ini di sebuah pawagam di Kuala Lumpur.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku sudah ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024.
Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Wulan Guritno, Shalom Razade dan Alexzander Wan.
Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.
Sinopsis Trinil
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga Nattra) memulakan hidup baharu setelah berkahwin. Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital. Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan mistik. Risau akan terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (Fattah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan. Pada mulanya, Rara menolak cadangan suaminya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.