,
Laman Utama

Peminat Protes! Lord Of The Rings Akan Tampilkan Babak Seksual?

Asraf Aided
09/10/2020
03:25 MYT
Peminat Lord of the Rings (LOTR) dari seluruh negara dikejutkan dengan dakwaan siri dari filem itu akan menampilkan babak seks dan beberapa pemainnya akan berbogel.
Memetik laporan Independent pada 7 Oktober 2020, terdapat dakwaan BGT Talent Agency menjadi agensi yang bertanggungjawab memilih dan memastikan barisan pelakon yang terlibat dengan adegan seks dan babak bogel berasa selesa sepanjang penggambaran.
Khabar itu terus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengikut sedia dan peminat LOTR, di laman peminat TheOneRing.net.
"Tak pernah terfikir akan ada adegan seperti ini. Memalukan, sangat memalukan!" tulis satu komen.
Peminat yang lain pula menuliskan: "Ini bukan semangat LOTR yang sebenar," sementara seorang lagi mengatakan: "Saya sayangkan GoT tetapi tidak yang ini."
Protes protes yang diberikan penggemar mempunyai sebab kukuh. Hal ini kerana pada asalnya, buku fantasi asal yang ditulis oleh JRR Tolkien tidak mengandungi sebarang kandungan atau unsur seksual di dalamnya.Justeru, perkara itu telah membuatkan para peminat kurang selesa dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial.
Capitalism is a plague that ruins everything it touches. https://t.co/5ck7anU6Ya— Existential Comics (@existentialcoms) October 6, 2020 Bagaimanapun, sehingga kini pihak Amazon Prime masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
Musim pertama siri LoTR dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2021. Namun pihak produksi belum memberi tarikh tayangan memandangkan penggambaran yang dijalankan sebelum ini sempat tertunda kerana pandemik Covid 19.
Sumber : independent.co.uk
Kredit Foto: New Line
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tular! Bekas Kencing Dijadikan Alat Dapur & Hadiah Perkahwinan!

gempak
26/02/2021
05:50 MYT
Tidak lama selepas isu viral pelanggan memakan kek najis lembu yang dijual di laman web Amazon, kali ini tular pula mangkuk atau bekas kencing  yang dijual sebagai peralatan dapur di laman web itu.
Laman Utama

Alamak! Ada Pelanggan Termakan Kek Najis Lembu! Walaupun Tujuan Produk Untuk...

gempak
24/01/2021
06:31 MYT
Macam-macam ya!
Artis

Perjalanan Elon Musk dari Cleaning Service Jadi Orang Terkaya nomor 1 Sejagat Raya

gempak
08/01/2021
08:49 MYT
Gaya Hidup

“Hari Yang Sangat Istimewa” - 'Magneto' Dapat Vaksin Covid-19

gempak
18/12/2020
02:50 MYT
Semoga vaksin yang dihasilkan berjaya untuk seluruh penduduk dunia
Hiburan

Kebakaran Hutan Amazon, Leonardo DiCaprio Derma RM21 Juta!

gempak
27/08/2019
08:37 MYT