,
Laman Utama

Peminat Mengeluh, Penganjur Masih Belum Refund Tiket Konsert Justin Bieber - “Berapa Lama Nak Tunggu?”

Izwan Isa
15/11/2022
16:50 MYT
Sejak penangguhan konsert jelajah Justin Bieber baru-baru ini, ramai dalam kalangan pembeli tiket mengambil keputusan untuk mendapatkan semula wang pembelian tiket, memandangkan tiada tarikh khusus bilakah Justin akan kembali beraksi di pentas.
Namun, sudah hampir sebulan memohon untuk wang dikembalikan, peminat yang membeli tiket masih belum mendapat sebarang respons daripada pihak penganjur, PR Worldwide.
“Dear @PRWorldwide @GoLiveAsia, kebanyakan lokasi Justin Justice World Tour Asia sudah pun menerima bayaran balik dan sepatutnya, bayaran itu dibuat antara 21 Oktober hingga 21 November daripada pihak anda.
“Dan sehingga kini, tiada antara kami yang menerima bayaran balik untuk jelajah Malaysia. Berapa lama kami nak tunggu?” tulis akaun akaun Twitter @JusticeAsiaTour dalam satu ciapan.
Menerusi ciapan balas peminat yang turut membeli tiket, mesej yang dititipkan menerusi DM di Instagram juga tidak berbalas.
Namun, menerusi ciapan lain, GoLive memberitahu bayaran balik dijangka akan dilakukan pada Disember depan.
Konsert Justice World Tour dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.
Tiket-tiket dijual bermula pada harga RM288 sehingga RM2,088 bagi pakej VIP.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.