Hiburan
Peminat Ikon Menggila, Beratur Empat Hari Sebelum Tiket Dijual
Impak kumpulan K-Pop, iKon di Malaysia nampaknya sangat kuat sehingga ada peminat sanggup beratur selama empat hari sebelum kaunter tiket dibuka Ahad ini.
Difahamkan iKonic (gelaran peminat) bertindak demikian kerana takut tiket tersebut habis dijual selain ingin mendapatkan tempat terbaik semasa konsert berlangsung.
Tidak cukup dengan beratur, iKonic juga sudah membuat persiapan awal dengan mengambil cuti semata-mata untuk membeli tiket.
Malah ada juga diantara mereka yang membawa ‘sleeping bag’ untuk bermalam di kaunter jualan tiket bertempat di Sg. Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, menerusi tinjauan di media sosial dengan menggunakan hashtag #iKoninMY, begitu ramai peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan mereka.
Ikon yang dianggotai oleh B.I, Bobby, Jinhwan, Yunhyeong, Ju-Ne, Donghyuk dan Chanwoo ini bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan iKONCERT 2016 (Showtime) Tour In Malaysia pada 13 Ogos 2016.
Konsert yang dibawakan khas oleh pihak penganjur, IME Productions ini dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam bertempat di Stadium Negara.
Terdahulu, iKon pernah memenangi gelaran Artis Baru Terbaik di Anugerah Muzik Melon 2015, Anugerah MAMA 2015, Anugerah Music Seoul, Anugerah Golden Disc dan Anugerah 5th Gaon. Mereka juga tersenarai dalam “Top 5 K-Pop Artists to Watch in 2015” carta Billboard.
Antara lagu-lagu popular iKon adalah Rytham Ta, Airplane, Apology, My Type dan Dumb & Dumber.
Tiket konsert mula dijual pada 22 Mei (Ahad) ini bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang di Sg. Wang Plaza Concourse manakala untuk jualan menerusi online pula boleh didapati pada hari yang sama pada jam 4.00 petang.
Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
VIP - RM588 (numbered seat)
Rock Zone- RM548 (standing zone with queue number)
Cat 1 – RM488 (numbered seat)
Cat 2- RM388 (numbered seat)
Cat 3 – RM288 (free seating)
Cat 4- RM188 (free seating)
Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook rasmi IME Productions dan iKon.
Must-Watch Video