Laman Utama
Peminat Cedera Kena Letupan Bunga Api Di Konsert Dua Lipa
Penyanyi Dua Lipa dan ribuan peminat yang sedang menyaksikan konsertnya di Toronto dikejutkan dengan sebuah insiden di luar jangka.
Pada saat penyanyi itu sedang rancak membuat persembahan, lokasi konsert iaitu Scotiabank Arena dikejutkan dengan letupan bunga api yang membuat keadaan menjadi kucar kacir.
Letupan bunga api tersebut dipercayai diseludup masuk oleh peminat dan membakarnya di tengah keramaian sewaktu konsert berlangsung.
Insiden itu telah menyebabkan sekurangnya tiga penonton yang hadir cedera.
Kesal dengan insiden yang terjadi, Dua Lipa meminta maaf kepada mangsa yang cedera dan semua peminat yang hadir.
“Dengan rendah hati saya meminta maaf kepada semua. Kepada anda yang ketakutan dan rasa tidak selamat dan terkesan dengan apa cara sekalipun,” tulisnya dalam Instagram.
Bintang berusia 26 tahun itu juga mengatakan dia dan tim selalu mengutamakan keselamatan dalam setiap konsert yang dibuat.
“Menyediakan tempat yang selamat dan inklusif adalah keutamaan saya. Saya dan tim terkejut dengan apa yang telah berlaku,” tambahnya lagi.
Terdahulu, beberapa video yang dirakamkan secara tak senhaja oleh menjadi trending yang menunjukkan terdapat letupan bunga api di bahagian tengah lokasi konsert tular Twitter.
Untuk rekod, pada November 2021, festival konsert Astroworld, Travis Scott menjadi mimpi ngeri buat peminat apabila mengalami kekecohan kerana sesak sehingga ada yang meninggal dunia.
Di Hong Kong pula pada minggu ini sebuah skrin gergasi telah jatuh dan menghempap dua penari saat konsert kumpulan popular Mirror sedang melakukan persembahan.
Kredit Foto: Consequence.net, Today USA
Must-Watch Video