,
Hiburan

Pemilik Suara Sailor Jupiter Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Asyraf Roslan
11/09/2024
15:25 MYT
Pelakon suara, Emi Shinohara yang terkenal dengan watak Makoto Kino atau Sailor Jupiter dalam siri anime Sailor Moon dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.
Menerusi satu kenyataan dalam laman web rasmi agensinya, 81 Produce berkata, Shinohara meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
Namun menerusi kenyataan tersebut, 81 Produce tidak menyatakan penyakit yang sedang dihadapinya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa pelakon kami, Emi Shinohara meninggal dunia dengan tenang pada usia 61 tahun pada 8 September selepas bertarung dengan penyakit walaupun menerima rawatan perubatan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan kepada mendiang semasa hayatnya dan dengan rendah hati mengumumkan kematiannya,” kata kenyataan itu. Selain peranan ikoniknya sebagai Sailor Jupiter, Shinohara turut dikenali dengan wataknya sebagai Kushina Uzumaki dalam francais Naruto, Kaho Mizuki dalam Cardcaptor Sakura, dan Presea dalam Magic Knight Rayearth.
Mendiang telah berkecimpung didalam industri selama lebih 30 tahun.
Rakan mediang yang turut bekerja dalam anime Sailor Moon, Megumi Ogata (Sailor Uranus) turut bersedih dengan pemergiannya.
"Kami pernah ketawa tentang bagaimana orang sering salah sebut nama kami...Suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi dalam sambungan Cardcaptor Sakura,” ujar Ogata.
81 Produce juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Shinohara sepanjang hidupnya dan menyatakan rasa duka atas kehilangan tersebut.
Sumber: CNA Lifestyle
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Berita

CEO GISB, Isteri Antara 19 Individu Ditahan - KPN

gempak
19/09/2024
08:04 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya adalah antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan serentak di empat kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi Khamis.
Viral

Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

gempak
19/09/2024
07:55 MYT
Perkongsian video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae memarahi anaknya iaitu Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menarik perhatian netizen di laman Instagram.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.