,
Hiburan

Pemilik Restoran Cari Peguam Untuk Fitnah Yang Didakwa Sharifah Zarina & Athalia

Zulaikha Yusof
11/10/2020
09:50 MYT
Pemilik restoran makanan pokok.kl, Christine Bong tampil memberi penjelasan selepas penyanyi Sharifah Zarina dan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani mendakwa servis perniagaannya tidak profesional.
Menurut Christine, apa yang didakwa oleh Zarina dan Athalia adalah fitnah kerana notis penutupan awal kedai sudah dimaklumkan di merata tempat.
Malah, Christine tidak teragak untuk mencari wakil peguam yang ingin mewakilinya bagi tindakan undang-undang.
"Jadi hari ini pokok.kl yang kita sayangi sedang 'diserang' oleh sekumpulan orang yang gagal melihat tanda-tanda penutupan awal kita yang ada di mana-mana.
"Mana-mana peguam mahu mengambil kes fitnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?" tulisnya di Instagram Stories, semalam.
Sebelum ini, viral video TikTok Athalia meluahkan rasa marah dengan restoran tersebut kerana mendakwa tidak wajar dengan layanan yang telah diberikan kerana ia memalukan.
Mereka mendakwa mahu meraikan majlis ulang tahun di restoran tersebut namun setelah menunggu lama baru dimaklumkan lokasi yang dipilih ditutup awal kerana sudah ditempah untuk sebuah event lain.
BACA: Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pembantu Rumah Sharifah Zarina Larikan Diri, Kerja Tak Sampai 24 Jam Lagi - “Nak Transfer Duit Dekat Ejen Pun Tak Sempat…”

gempak
06/04/2023
06:55 MYT
Nasib baik tak ada kecurian.
Laman Utama

[VIDEO] Cemas! Anak Sesat Tak Jumpa Jalan Balik, Sharifah Zarina Bersyukur Diselamatkan Penghantar Makanan; “Abang Itu Hantar Sampai Rumah”

gempak
03/12/2022
01:00 MYT
Baiknya hati abang yang tolong itu
Laman Utama

Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Sunat

gempak
29/04/2022
08:38 MYT
Salam takziah buat Zarina dan keluarga...
Laman Utama

Sharifah Zarina Mimpi Jumpa Arwah Siti Sarah Pakai Jubah Pink Dalam Masjid - "Dia Happy Sangat, Wajahnya Cantik"

gempak
13/08/2021
09:20 MYT
Lain orang lain ceritanya...
Laman Utama

Positif Covid-19, Fazli Zainal Perlu Bantuan Oksigen

gempak
31/07/2021
12:53 MYT
Allahuakbar...Semoga Fazli Zainal diberi kesembuhan...