,
Viral

Pemilik Resort Didenda Anjur Parti Liar, Aloha Party

Gempak
23/05/2024
08:17 MYT
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah di Kuala Nerus yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000 kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

Diarah tidak anjur lagi

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.

"Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar, antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang.
Razali berkata selain itu pihaknya juga akan mengkaji semula enakmen hiburan negeri untuk menaikkan kadar kompaun bagi menimbulkan kegerunan serta pengajaran terhadap pemain industri pelancongan yang cuba melanggar peraturan.
"Saya nasihatkan pengusaha dan agensi pelancongan jangan ambil kesempatan untuk lakukan kecelakaan maksiat di negeri Terengganu. Kita ada SOP dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan perkara yang melanggar tatacara dan peraturan," katanya.
Sementara itu Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort Datuk Chong Fah Ming memohon maaf kepada kerajaan negeri dan rakyat Terenggganu atas kekecohan yang berlaku.
Menurut beliau pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu program pada masa depan bagi mengelak daripada menyentuh sensitiviti umat Islam. -BERNAMA-

BERITA TRENDING: Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar