,
Laman Utama

Pemilik Butik Fesyen Mohon Maaf, Mengaku Kurang Sensitif - "Kata-Kata Itu Hanya Gurauan"

Amri Hassan
26/03/2021
02:18 MYT
Pemilik butik fesyen Leeyanarahman, Hafiz Hamids tampil membuat permohonan maaf terbuka ekoran keterlanjuran kata-katanya mengiyakan ketidakpatuhan SOP ketika penganjuran pertunjukan fesyen jenamanya pada Rabu.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
Jelas Hafiz, kata-kata menerusi video yang tular di media sosial itu hanyalah gurauan bersama teman rapatnya ketika acara sedang berlangsung.
"Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
"Kata-kata tersebut , hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan yang rapat. Sebagai hype kepada seseorang yang acah-acah diinterview," jelasnya menerusi posting di Instagram pada Jumaat.
Tambah Hafiz, acara tahunan terbabit mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.
"Hakikatnya, fashion show tersebut memang mengikut SOP yang ditetapkan which is keluar dari lift hall, semua guest akan disaring oleh pihak dewan.
"Semasa registration, guest akan dicheck skali lagi oleh pihak kami sendiri. Kepada yang tak bawa mask, pihak kami akan beri secara percuma.
"As long as, before masuk kena pakai mask. Kemudian, di dalam hall pula, setiap kerusi yang disusun telah dijarakkan mengikut keluasan hall," tambahnya.
Hafiz akui sikapnya yang mungkin kurang sensitif menjadikan isu tersebut tular hingga mengundang kecaman sesetengah pihak.
"Walau apa yang terjadi, saya memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang terasa dengan percakapan saya.
"Mungkin saya kurang sensitif sedikit tentang isu ini. Maaf sekali lagi," katanya.
Netizen di Twitter meluahkan rasa berang terhadap sikap tidak peduli penganjur acara pertunjukan fesyen apabila ada segelintir tetamu yang hadir tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Tindakan tidak memakai pelitup separuh muka dan tiada penjarakan fizikal antara isu yang dibangkitkan sepanjang acara itu berlangsung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar