,
Berita

Pemeriksaan Kesihatan Termasuk Ujian HIV Pelajar Baharu Sudah Dilaksanakan

Gempak
14/07/2024
18:42 MYT
Keperluan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian HIV terhadap pelajar baharu untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan sudah dilaksanakan dan ia bukan sesuatu yang baharu.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata proses pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan laporan perubatan pelajar perlu dilakukan sebelum mereka mendaftar masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
"Itu telah lama dilakukan cuma mungkin kali ini diuar-uarkan disebabkan perbahasan di peringkat Parlimen yang bertanya dari segi jumlah bilangan (kes HIV dalam kalangan pelajar) dan sebagainya.
"Proses pemeriksaan kesihatan itu dibuat dari segi perubatan, jadi ia bukanlah sesuatu yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar. . Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ditanya mengenai laporan portal berita berkaitan gesaan agar universiti mewajibkan ujian HIV terhadap pelajar baharu susulan peningkatan kes melibatkan golongan itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.
Menerusi laporan itu, Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya Nazirah Abdullah dipetik sebagai berkata pada masa ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar.
Gesaan itu susulan laporan media pada 4 Julai lepas berhubung pendedahan Zambry dalam Parlimen bahawa terdapat peningkatan membimbangkan kes HIV dalam kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di IPT negara ini.
Zambry dilaporkan sebagai berkata data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan trend kes HIV yang beralun tetapi secara keseluruhan meningkat dari 2020 hingga 2023, dengan seramai 214 pelajar IPT awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020.
Bagaimanapun, angka itu menurun kepada 186 kes pada 2021 tetapi meningkat kepada 221 kes pada 2022, seterusnya 244 kes tahun lepas.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.
Berita

Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

gempak
19/08/2024
10:25 MYT
Seorang pelajar kolej maut sementara adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Johor pada Ahad.
Viral

Netizen Tersentuh Lihat Video Pelajar Kongsi Makanan Satu Pinggan - “Ini Budaya Yang Kita Pertahankan”

gempak
08/08/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan dua pelajar berbangsa Melayu dan India sedang menjamah makanan berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.