,
Laman Utama

Pemenang MiF RTW 2021/22 Ini Berazam Buka Hub Budaya Seumpama Chatuchak Di Malaysia

Izwan Isa
10/11/2021
14:50 MYT
Seperti isi dan kuku, seni dan fesyen juga merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Saling bersimbiosis, kedua-dua elemen ini dilihat saling bergantung dan melengkapi antara satu dengan lain.
Melihat akan kebergantungan tersebut, pemenang Best Collection Entrepreneur Fashion Design menerusi acara Mara In Fashion (MiF) RTW 2021/22, Syahir Hamdan (Neonate Clothing) yang berlangsung baru-baru ini berazam untuk membuka sebuah hab budaya seumpama pasar besar Chatuchak yang popular di Bangkok, Thailand.
Syahir yang juga pengarah urusan Neonate Clothing berkata, hab tersebut dapat memberi peluang kepada karyawan seni dan juga fesyen untuk mempersembahkan hasil karya mereka secara terus kepada masyarakat.
“Seperti kita sedia maklum, Malaysia kaya dengan hasil seni. Baik dari segi fesyen dan muzik, semua bidang ini mempunyai peminat yang tersendiri.
“Sudah menjadi impian saya sedari dulu untuk membangunkan sebuah hab budaya yang mampu menampung aktiviti seni seperti persembahan, penjualan fesyen, makanan dan juga rumah produksi bagi menaikkan lagi karya-karya dari negara kita,” katanya kepada Gempak.
Berkenaan dengan kemenangannya pada MiF RTW 2021/22, Syahir berkata, dia berasa sangat bertuah kerana diberikan sebuah platform yang mampu membuka peluang dalam mengembangkan perniagaan fesyen di peringkat yang lebih tinggi.
“Selama ini, mungkin kami bergerak secara sendiri dan penghasilan pakaian di bawah jenama Neonate Clothing bergerak secara atas talian dan juga menerusi festival-festival hiburan.
“Namun dengan adanya platform seperti MiF, kami dapat melangkah lebih jauh dan cuba untuk explore bidang fesyen dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” ujar pelajar Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris itu.
Lebih manis, selain kejayaan merangkul hadiah utama pada MiF RTW 2021/22, Syahir juga baru sahaja selesai mempersembahkan koleksi terkini Neonate Clothing Noir pada Kuala Lumpur Fashion Week 2021 baru-baru ini.
Menurut Syahir, koleksi tersebut banyak diinspirasikan daripada fasa gelap ketika rakyat Malaysia perlu duduk di rumah sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung beberapa kali sejak dua tahun lalu.
“Kami di Neonate akan terus menghasilkan koleksi fesyen yang bukan sahaja menarik untuk digayakan, tetapi mempunyai mesej yang dapat dijadikan pengajaran serta iktibar kepada masyarakat,” katanya lagi.
Kredit foto: Galeri Mara
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Litar, Kenderaan Bermotor Nadi Ilham Koleksi Baharu Neonate X SVG

gempak
27/08/2023
14:50 MYT
Amazing!
Laman Utama

KLFW2022 Jadi Penanda Aras Buat Jenama Neonate Clothing

gempak
26/08/2022
03:50 MYT
Neonate tampil dengan koleksi baharu, Neostalgia
Laman Utama

"Tiba-Tiba Nak Jadi Muse, Minta Token Saat Akhir" - Karl Shafek Sentap Dengan 'Datuk Selebriti'?

gempak
20/08/2022
03:49 MYT
Main tarik tali! Itu yang berlaku antara pengacara dan pereka fesyen jenama Neonate Clothing, Karl Shafek Ibrahim dan seorang individu berpangkat 'Datuk'.
Laman Utama

Model Umur 48 Tahun, Cucu S.Shamsuddin Antara 250 Yang Hadir Ujibakat Neonate Model Search Hari Kedua! Meriahnya!

gempak
25/07/2022
06:00 MYT
Neonate menerima pelbagai latar belakang peserta
Laman Utama

Pernah Simbah Petrol Pada Badan Akibat Depresi, Karl Shafek Mahu Didik Orang Ramai Tentang Kesihatan Mental - “Saya Harap Yang Struggle Macam Saya Akan Pulih”

gempak
09/11/2021
05:50 MYT
Semoga kesihatan Karl Shafek pulih seperti sediakala