HOLLYWOOD
Pemenang 2 Kali Oscar, Gene Hackman Ditemui Mati Bersama Isteri, Anjing Peliharaan
Aktor legenda Hollywood, Gene Hackman ditemui meninggal dunia bersama isteri, Betsy Arakawa dan anjing peliharaan di kediaman mereka di San Fe, New Mexico.
Mayat Hackman yang merupakan pemenang dua kali Oscar itu bersama isteri yang merupakan pemain piano klasikal dan anjing mereka ditemui pihak berkuasa pada, Santa Fe County pada Rabu tengahari waktu tempatan, lapor CNN.
Hackman berusia 95 tahun sementara isteri, Arakawa berusia 63 tahun sewaktu disahkan meninggal dunia. Pasangan tersebut telah berkahwin selama 34 tahun.
Pihak berkuasa tempatan datang ke kediaman pasangan tersebut selepas badan kebajikan meminta membuat pemeriksaan di rumah aktor itu sebelum menemui pasangan suami isteri dan anjing mereka mati.
Mereka kemudian mengesahkan tiada unsur jenayah terkait kematian bintang filem yang meledak namanya menerusi filem The French Connection, Hoosiers, Unforgiven dan The Firm itu.
Bagaimanapun siasatan lanjut dan punca sebenar kematian aktor yang cukup terkenal lewat tahun 70-an dan 80-an itu masih dijalankan.
Must-Watch Video