,
Laman Utama

Pembunuh Along Spoon Terlepas Penjara Sepanjang Hayat

Gempak
16/11/2023
06:26 MYT
Pembunuh penyanyi terkenal era 90-an, Allahyarham Along Spoon terlepas daripada hukuman pemenjaraan sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.
Mohamed Ya’cob Demyati, 57, sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.
Dalam prosiding hari ini, keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada pada hari kedua persidangan hari ini selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.
Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Pada prosiding itu, panel lima hakim menggantikan pemenjaraan sepanjang hayat terhadap Mohamed Ya’acob, 57 atas pertuduhan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 33 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000.
Terdahulu seramai dua belas termasuk Mohamed Ya’acob terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas mahkamah tertinggi itu menukarkannya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.
Kelima-lima hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Justeru Mohamed Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.
Pada 2 Novemver 2010, Mohamed Ya’cob Demyati kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi’ul Malik Shafiee atau Along, hampir 11 tahun lalu setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.
Mahkamah ketika itu sebulat suara berpendapat, keterangan-keterangan tersebut juga mencukupi untuk menolak andaian kononnya penyanyi kumpulan remaja itu diculik dan dibunuh oleh individu lain.
Ini kerana Mohamed Ya’acob merupakan orang terakhir dilihat bersama Along pada malam kejadian manakala penemuan mayat mangsa dalam guni di tempat yang sama mereka ditinggalkan, menguatkan lagi kes pendakwaan.
Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab bagi panel tersebut menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.
Dengan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April 2002 yang mensabitkan anggota polis tersebut serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 29 Ogos 2008.
Mengikut pertuduhan Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.
Sebelum ini, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.
Kosmo Online!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar