Laman Utama

Pembantu Penerangan Buat Hebahan Dalam Bahasa Mandarin Yang Viral Baru-Baru Ini Rupanya Memang Berbangsa Cina!

gempak
Fiza Kamarudin
26/07/2021
13:58 MYT
Sponsor Banner
Pembantu Penerangan Buat Hebahan Dalam Bahasa Mandarin Yang Viral Baru-Baru Ini Rupanya Memang Berbangsa Cina!
Seorang pembantu penerangan yang menjadi tular selepas membuat hebahan dalam bahasa Mandarin di kawasan perumahan di Kuantan baru-baru ini akui terkejut videonya menjadi perhatian ramai.
Pembantu penerangan itu, Nur Allyshia Ariana Low, 27, berkata, tujuan dia memberikan hebahan dalam bahasa Mandarin untuk memudahkan pemahaman penduduk di kawasan tersebut.
“Semuanya berlaku secara kebetulan. Ketika sedang memberikan hebahan, sepasang suami isteri berbangsa Tionghua bertanyakan soalan tentang vaksin Covid-19.
“Jadi, waktu itu rakan sekerja memberhentikan van, dan saya tanya bekalan makanan cukup atau tidak.
“Bila video tersebut dimuat naik di aplikasi Tiktok, tak sangka pula jadi tular dan ramai pula yang suka,” katanya.
Video NurAllyshia menjadi tular pada hujung minggu lalu ketika dia memberikan hebahan tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar di situ dalam bahasa Mandarin bagi memudahkan pemahaman penduduk di kawasan tersebut.
Video berdurasi 30 saat itu yang dimuat naik dalam akaun Tiktok ‘kecibum’ itu turut mendapat reaksi positif daripada netizen.
Rata-ratanya memuji tindakan Nur Allyshia menyapa pasangan Cina terbabit sehingga mendapat hampir 450,000 ribu jumlah tontonan dan 700 komen sejak dimuat naik pada Sabtu lalu.
@kecibum
Kakak penerangan fasih berbahasa Cina
♬ original sound - kecibum
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024