,
Laman Utama

Pemanis Aspartame Yang Ada Dalam Diet Coke Bakal Diisytihar Penyebab Kanser

Awani
30/06/2023
13:53 MYT
Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.
Ini juga bermakna bahan itu berbahaya buat kesihatan manusia yang mana boleh menyebabkan kanser, menurut sumber agensi kajian kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selain itu, pemanis berkenaan sering digunakan dalam produk-produk makanan lain seperti gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.
Dua sumber dalaman agensi WHO itu memberitahu bahawa pemanis itu akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC)bermula bulan depan yang mana dijangka mencetuskan perdebatan dalam industri pemakanan serta pihak berkuasa.
Keputusan IARC itu dipercayai telah diputuskan pada awal bulan ini selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang mana berperanan untuk menilai sama ada bahan itu berbahaya atau sebaliknya.
Sementara itu, sejak tahun 1981, (Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan) JECFA memberitahu aspartame adalah selamat untuk dikonsumsi dalam had harian yang diterima.
Sebagai contoh, seorang dewasa yang beratnya 60 kg (132 paun) perlu minum antara 12 hingga 36 tin minuman soda diet setiap hari, bergantung kepada jumlah aspartam dalam minuman tersebut untuk mendatangkan risiko.
Pandangan mereka telah dikongsi secara meluas oleh pihak pengawal selia negara, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

gempak
31/08/2024
11:50 MYT
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Berita

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser - IARC

gempak
10/07/2024
13:55 MYT
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengklasifikasikan talkum yang wujud secara semula jadi sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia (Kumpulan 2A).
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.