gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Nahas Air India: Swafoto Terakhir Suami Isteri, Tiga Anak Sebelum Pesawat Terhempas
HIBURAN
Bekas Suami Karisma Kapoor, Rakan Baik Putera William Maut Tertelan Lebah
HIBURAN
Maher Zain Mahu Cakap Bahasa Melayu Depan Peminat Di Konsert - “Saya Kena Masuk Belajar Semula”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Pemandu Tersepit, Penumpang Selamat Bas Langgar Lori Tunda

gempak
Gempak
12/06/2025
20:25 MYT
Sponsor Banner
Pemandu Tersepit, Penumpang Selamat Bas Langgar Lori Tunda
Seorang pemandu bas cedera manakala kesemua penumpang selamat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dua tingkat dan lori tunda di Kilometer 311.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.28 pagi itu, bas yang membawa 11 individu termasuk pemandu, pembantu pemandu dan sembilan penumpang telah melanggar bahagian belakang sebuah lori tunda yang berada di laluan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati pemandu bas berusia 29 tahun tersepit di bahagian tempat duduknya. Sembilan penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dua individu dalam lori tunda iaitu pemandu dan kelindan juga dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. Menurut beliau, kerja-kerja menyelamat melibatkan penggunaan peralatan khas Power Rescue Unit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Katanya, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki kanan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, operasi yang melibatkan seramai 15 anggota bomba serta penggunaan dua jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 2.23 pagi.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemandu
#Lori
Must-Watch Video