Sukan

Pemain Bola Sepak Maut Dipanah Petir!

gempak
Gempak
13/02/2024
08:21 MYT
Sponsor Banner
Pemain Bola Sepak Maut Dipanah Petir!
Seorang pemain bola sepak di Indonesia maut dipanah petir ketika perlawanan bola sepak di Stadium Siliwangi di Bandung, Jawa Barat, Sabtu lalu.
Mangsa, Septian Raharja, 35, berasal dari Subang itu rebah di atas padang akibat panahan petir berkenaan dan segera dikejarkan ke Hospital Sariningsih.

BERITA TRENDING: Maut Disambar Petir, Siapa Sangka Rupanya Peluncur Olimpik Ini Sempat Memeluk...

Menurut laporan tempatan, lelaki itu masih bernafas selepas kejadian berkenaan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia ketika di hospital.
Metro UK yang memetik laporan itu melaporkan, insiden itu semasa separuh masa pertama perlawanan persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang.
Saksi mata melaporkan bahawa terdapat sambaran petir awal di luar stadium, sebelum yang petir kedua mengenai padang.
Raharja, bapa kepada dua anak itu adalah satu-satunya pemain yang terkena serangan petir dan kejadian itu dirakam dalam video.
Dia melecur teruk di dada dan paha, sebelum diiringi keluar padang oleh pemain lain untuk menerima rawatan perubatan.
Insiden tragis itu adalah kali kedua membabitkan seorang pemain Indonesia disambar petir dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

BERITA TRENDING: Rumah Dilanda Ribut Petir, Aweera Harap Perlis Kembali Pulih

Pada 2023, seorang pemain bola sepak muda disambar petir semasa Piala Soeratin B-13 di Bojonegoro, Jawa Timur. Mangsa itu terselamat setelah dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina di Bojonegoro.
Kira-kira dua bulan lalu iaitu pada Disember 2023 pula, seorang pemain berusia 21 tahun terbunuh dan enam lagi cedera selepas petir menyambar semasa perlawanan bola sepak di Brazil.
Caio Henrique de Lima Goncalves bermain untuk pasukan tempatan Uniao Jaiirense di stadium Jose Eleuterio da Silva di Santo Antonio da Platina.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar