,
Sukan

Pemain Bola Sepak Dipenjara Seumur Hidup Belasah Kekasih Dengan Kerusi, Tukul Besi

Maliah Surip
15/02/2024
03:55 MYT
Seorang pemain bola sepak Itali, Giovanni Padovani dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas menyerang dan membunuh bekas kekasihnya, Alessandra Matteuzzi pada Ogos 2022.

BERITA TRENDING: Suami Pelanggan Ditahan Polis, Pukul Penghantar Makanan Guna Tukul Besi

Pemain pertahanan untuk kelab Sancataldese itu telah memukul Matteuzzi antaranya dengan tukul besi, kayu bola lisut dan kerusi yang dicabut dari taman, di hadapan kediaman wanita malang itu.
Sewaktu diserang, Matteuzzi sedang bercakap di telefon bersama kakaknya yang turut mendengar jeritan adiknya.
Matteuzzi yang berusia 58 tahun menemui ajal di hospital kerana mengalami kecederaan dan luka parah, lapor DailyMail.uk.
Padovani yang juga merupakan bekas model sebelumnya diketahui telah mengintip dan mengugut bekas kekasihnya.
Jiran-jiran Matteuzzi juga mengatakan wanita tersebut takut dengan sikap bekas kekasihnya yang pernah memanjat tembok rumah dan cuba memutuskan bekalan elektrik rumahnya.

BERITA TRENDING: Suami Berhati Iblis! – Netizen Kecam Tindakan Lelaki Pukul Kepala Anak & Isteri Dengan Tukul Besi

Selepas hukuman dijatuhkan, Padovani mendakwa kesihatan mentalnya tidak berada dalam keadaan yang baik.
“Seseorang yang sihat (mental) tidak akan membunuh. Ini lebih teruk daripada dipenjarakan,” katanya.
Pasangan tersebut sebelum ini menjalin hubungan jarak jauh selama lebih setahun. Mereka mula bertengkar pada Januari 2022 sebelum berpisah beberapa bulan kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.