,
Laman Utama

Pemain Bola Christian Atsu Ditemui Maut 10 Hari Selepas Gempa Bumi Turkiye

Maliah Surip
18/02/2023
11:57 MYT
Gempa bumi yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa di Turkiye terus meningkat selepas 10 hari bencana tersebut melanda.
Salah seorang mayat yang baru ditemui dalam bencana tersebut dan tertimbus di bawah runtuhan adalah pemain bola sepak, Christian Atsu, lapor BBC.
Atsu merupakan pemain antarabangsa Ghana yang dilaporkan hilang sejak 6 Februari lalu di apartment miliknya yang terletak di Antakya, Hatay.
Pemian berusia 31 tahun itu menyertai pasukan Hatayspor dan pernah bermain dalam Premier League bersama pasukan Everton, Chelsea dan Newcastle.
Khabar kematian Atsu dalam bencana tersebut membekaskan luka yang cukup mendalam bagi pasukan bola sepak dan rakan seperjuangan yang lain.
“Tidak ada kata yang dapat menggambarkan kesedihan kami. Kami tidak akan melukakan kamu, Atsu. Bersemadilah dengan tenang manusia cantik,” cuit pasukan Hatayspor melalui Twitter rasmi mereka.
Agen Atsu, Nana Sechere yang berada di Hatay juga mengesahkan berita duka itu di Twitter pada Sabtu.
“Dengan hati yang sangat berat kami mengumumkan berita kematian Christian Atsu. Mayatnya ditemui di bawah runtuhan pagi ini.
“Ucapan duka buat seluruh keluarga dan terima kasih buat semua yang telah menyokong kariernya selama ini,” tulis Sechere.
Atsu menyertai pasukan Hatayspor pada September 2022 selepas habis musim bersama pasukan daripada Arab Saudi, Al-Read.
Dia pernah membantu negaranya, Ghana untuk berada dalam Africa Cup pada tahun 2015. Terdahulu Atsu bermain untuk Chelsea pada 2013 dan dipinjamkan ke Newcastle pada 2016.
“Seorang pemain yang berbakat besar dan individu yang istimewa. Kami sangat berduka dengan berita kematian Christian Atsu dalam bencana gempa bumi di Turkiye,” cuit Twitter rasmi Newcastle.
Terdahulu, penjaga gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan telah meninggal dunia dua hari selepas dilaporkan hilang setelah gempa bumi dengan magnitud 7.8 menggoncang selatan Turkiye dan utara Syria.
Setakat berita ini ditulis, sebanyak lebih 40,000 nyawa telah dilaporkan meninggal dunia dalam bencana yang berlaku pada 6 Februari 2023 lalu.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.