,
Laman Utama

Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi Masih Kritikal - “Bangun La B, Sayang Rindu… Anak-Anak Pun”

Asyikin Mayudin
09/10/2023
05:25 MYT
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan koma dan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Isteri kepada Izzat iaitu Elysha Norazlan meluahkan rasa rindu dan berharap suaminya kembali pulih demi anak-anak mereka.
“B bangun la b, sayang rindu… anak-anak pun rindu. Saya tahu awak kuat kan sayang. Anak-anak tunggu daddy dekat rumah tu, Allahuakhbar. Kami rindu sangat dekat awak,” luahnya di beberapa posting di laman sosial.
Sementara itu, Elysha menerusi perkongsian di Instagram turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat suaminya itu.
Menurut Elysha, Izzat kini bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas menjalani pembedahan.
“Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami saya.
“Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah. Izzat kini bergantung 100% pada mesin bantuan pernafasan dan buat masa sekarang ditempatkan di ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau,” kongsinya.
Terdahulu, Izzat dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk seperti patah tulang rusuk kiri dan pendarahan pada paru-paru selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia yang diadakan di Litar Bandar Medini,Iskandar Puteri pada Sabtu.
Menerusi video yang tular, Md Izzat dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.