,
Gaya Hidup

Pelukis Autisme Ini Bangga Lakaran Wajah Pada Botol Sampai Ke Tangan DG Noor Hisham

Azwa Rahman
30/07/2020
10:25 MYT
Bertuahnya badan jika seorang pelukis itu mendapat perhargaan atas karya yang dihasilkan.
Bagi seorang jejaka berusia 27 tahun ini, dia tidak menyangka lukisan wajah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) dapat membawanya bertemu dengan figura yang layak digelar hero negara itu.
Bakat Luqman Hakim Mohd Khialdin, seorang pelukis yang menghidap high funtioning autism diiktiraf oleh pihak Starbucks sehingga lukisan wajah DG Hisham terpahat pada sebuah botol.
Menurut Luqman, Starbucks menjadi lokasinya untuk melukis setiap hari dan menerima kejutan daripada jenama minuman itu cukup membuatnya gembira.
“Saya sering melakukan kerja kerja melukis saya di Starbucks. Boleh dikatakan pada setiap hari saya berasa tidak sabar untuk ke starbucks bagi menunaikan tugas saya dalam melukis.
“Suatu hari saya melukis wajah DG Hisham sebagai tanda bangga terhadap pencapaiannya. Saya terkejut perkara itu menjadi tular di media sosial sehingga pihak HQ Starbucks menghubungi saya untuk memberikan kejutan,” jelas Luqman ketika dihubungi Gempak.
Bagi graduan diploma kreatif multimedia di Kolej Universiti Insaniah ini lagi, dapat melihat DG Hisham di depan mata dan menyerahkan botol Starbucks yang terlakar wajah beliau tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Pertemuan ini berlaku dengan hasil usaha dan bantuan pihak Starbucks Malaysia. Saya berasa begitu gembira dan teruja kerana berjumpa dengan seseorang yang banyak berkorban menentang wabak pandemik COVID-19.
“Saya terus menyerahkan tumbler dan cawan itu kepada DG Hisham. Beliau berasa gembira dan berkata saya amat berbakat dan saya boleh pergi lebih jauh.
“Saya juga rasa sebak hasil usaha selama 10 tahun tidak sia sia. Ia bukan perjalanan yang mudah tetapi sebuah perjuangan yang berbaloi untuk ditempuhi bagi memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa tiada apa yang mudah tetapi kita mesti terus berusaha untuk bekerja keras demi membangunkan negara,” jelas Luqman lagi.
Lebih istimewa apabila DG Hisham turut memberikan kata-kata peransang kepadanya untuk membuktikan pesakit autisme juga boleh berjaya.
“Beliau kata saya mampu jadi contoh kepada penghidap autism lain bagi menghadapi cabaran dalam hidup.
“Dengan kata kata beliau, saya berasa dapat memberikan harapan kepada penghidap autsim lain bahawa kecacatan bukan penghalang tetapi batu loncatan dengan menggunakan cabaran hidup untuk membentuk karakter ke arah yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Bergelar pelukis sepenuh masa, Luqman berpesan agar semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk tidak berputus asa.
“Saya dilatih oleh ibu bapa untuk disiplin. Paling penting dapatkan rawatan dan oemataiuan dari doktor. Doktor di Malaysia melakukan tugas yang sangat baik dalam membantu pengidap autism.
“Ia tidak mudah bagi saya mengawal isu tertentu seperti tantrum. Tetapi dengan latihan selama 10 tahun akhirnya ia berhasil.
“Jadi pengajaran di sini kepada ibu bapa yang mempunyai Anak autism di luar sana teruskan berusaha dan jangan berputus asa asalkan ada usaha yang berterusan,” kata Luqman sebagai penutup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

COVID-19: 20,396 Kes Baharu, Lonjakan Kes Di Sarawak

gempak
05/09/2021
10:32 MYT
Apa jadi dengan Sarawak?
Laman Utama

COVID-19: 20,988 Kes Baharu Hari Ini, 5 Negeri Catat Angka Atas 2,000

gempak
02/09/2021
08:20 MYT
Naik balik hmmm..
Laman Utama

“Banyak Tempat Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Sebab…” - Dine In Fasa 1, DG Hisham Minta Semua Beringat!

gempak
20/08/2021
00:31 MYT
Ingat tu guys! Jangan seronok sangat
Laman Utama

Suntik Vaksin Pada Penduduk Kampung Yang Terlantar, Netizen Puji Usaha DG Noor Hisham

gempak
27/06/2021
08:42 MYT
Turun padang masuk kampung.
Laman Utama

“Petugas Hadapan Sudah Lesu. Tolonglah Kami” - Dr Noor Hisham

gempak
19/05/2021
23:37 MYT
Stay at home guys!