,
Hiburan

Pelindung COVID-19 Kini Ancaman Terbesar Hidupan Laut! Jumlah Pelitup Muka Terbuang Dianggarkan...

Hanafis Haris
01/01/2021
07:23 MYT

Jika sebelum ini Covid-19 menjadikan dunia bersih daripada kotoran alam sekitar, namun berbeza pula kali ini.

Dianggarkan lebih 1.56 bilion pelitup muka yang digunakan untuk mencegah penularan Covid-19 menjadi ancaman kepada hidupan laut apabila 'membanjiri' lautan.
Menurut laporan CGTN, pelitup muka kemungkinan memasuki lautan kita dan dan akan berlonggok dalam skala besar seperti puncak gunung.
Ini kerana pelitup muka itu adalah jenis bukan boleh biodegradasi dan diperbuat daripada polipropilena dengan anggaran jumlah berat keseluruhan antara 4,680 dan 6,240 tan metrik. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan pengarah penyelidikan OceansAsia, Teale Phelps Bondaroff, pelitup muka dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 450 tahun untuk terurai.
“Selain itu, mikroplastik yang dikeluarkan daripada pelitup muka itu akan memasuki rongga hidupan laut yang memberi kesan buruk kepada kitaran hidup haiwan,” katanya.

Jelasnya, sebanyak 4,680 hingga 6,240 tan metrik pelitup muka itu hanyalah sebahagian kecil daripada anggaran lapan hingga 12 juta tan metrik plastik yang memasuki lautan, setiap tahun.

Difahamkan, kira-kira 52 bilion pelitup muka dihasilkan pada 2020 sebagai sebahagian usaha pencegahan wabak Covid-19.

Apapun, buanglah penutup muka di tempat yang betul.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.