HIBURAN
Pelawak Terkejut Dijemput Buat Lawak Pada Majlis Pengebumian
Pelawak senior Indonesia, Nunung menceritakan salah satu pengalaman unik dan lucu yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar komedian sejak tahun 1986.
BERITA TRENDING: Sempat Bangkrut, Nunung Jual Aset Demi Hidupi Keluarga
BERITA TRENDING: Nunung dan Keluarga Dikabarkan Sembuh dari Covid-19
BERITA TRENDING: Nunung Srimulat Berduka, Ibunda Wafat Akibat Kanker Lidah
Salah satu pengalaman membuat persembahan kepada klien yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila diminta melawak pada majlis pengebumian.Menurut Nunung dia dan grup lawaknya, Srimulat telah menerima jemputan membuat persembahan pada sebuah majlis di Medan.
“Kami datang jauh dan apabila tiba di Medan baru kami tahu perlu membuat lawak di hadapan jenazah,” ujar Nunung membuka cerita seperti dilaporkan InsertLive.
Nunung kemudian melanjutkan: “Di hadapan keranda ada sebuah pentas kecil. Di atas pentas kecil itulah kami diminta menghiburkan, membuat lawak.”
Meski mereka berasa kurang sopan untuk membuat lawak pada majlis yang sepatutnya berada dalam suasana duka, namun kerana profesional Nunung dan Srimulat tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pelawak.
“Walaupun kekok kami tetap melawak kerana pada akhirnya itu adalah pekerjaan kami. Dan pada waktu itu juga kami lihat anggota keluarga terhibur. Mereka menyanyi, gembira dan bertepuk tangan,” katanya lagi.
Sejak itu kata Nunung mereka sekumpulan sudah terbiasa menerima jemputan membuat persembahan dalam pelbagai majlis dan melakukannya dengan profesional.
Must-Watch Video