,
Laman Utama

Pelawak, Pelakon Spanar Jaya  Ramasundran Meninggal Dunia

Fiza Kamarudin
26/05/2021
03:55 MYT
Pelakon dan pelawak negara, Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R Ramasundran, 57, yang popular menerusi sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi Rabu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Presiden Persatuan Teater Malaysia, Sakrani Shamsuddin berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi panggilan telefon oleh isteri mendiang.
Sakrani berkata, mendiang Ramasundran yang juga naib presiden persatuan tersebut dimasukkan ke bahagian kecemasan HKL kira-kira 12 tengah malam Selasa kerana kakinya bengkak.
Menurutnya, satu jam kemudian doktor mengesahkan Ramasundran yang mempunyai sejarah masalah jantung telah meninggal dunia.
"Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan. RIP (semoga rohnya bersemadi dengan aman) daripada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Teater Malaysia," katanya.
Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.