,
Hiburan

Pelawak Mr Os Meninggal Dunia

Ahmad Shah
08/04/2016
08:30 MYT
Pelawak Mr Os, 55, disahkan meninggal dunia pada jam 2.15 petang tadi di Hospital Selayang, Selangor akibat kanser paru-paru tahap keempat.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Husna Yusof kira-kira jam 3.30 petang tadi menerusi kemaskini di laman Facebook miliknya.
“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak AL-FATIHAH,” tulis Husna di laman Facebook miliknya.
Mr Os yang juga pernah menjuarai program realiti Maharaja Lawak Mega pada tahun 2011 cukup popular menerusi filem komedi era 80an seperti Awang Spanar, O.K (Orang Kampung Otak Kimia), Boss dan filem terakhirnya pada tahun lalu, Gangster Rock Kasi Sengat.
Terdahulu pada bulan Mac tahun lalu, laman media sosial dipenuhi dengan foto dan berita tersebar yang kononnya pelawak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu telah meninggal dunia.
Jenazah akan di bawa ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah, Batu Caves, Selangor untuk disembahyangkan.
Astro Gempak mengucapkan tazkiah kepada keluarga di atas pemergian Mr Os.
Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.