,
Viral

Pelanggan Geram, Owner Suruh Ganti Sofa Baru - “Sebab Patah Sampai Buat Laporan Polis! Bukan Saya Sengaja"

Mya Amri
01/07/2024
08:25 MYT
Tular di media sosial seorang lelaki berkongsi kisah hampir disama kerana tidak sengaja terpatahkan kaki sofa dalam satu premis perniagaan.
Pelanggan yang dikenali sebagai Syakir Belon itu membuat tiga siri video di TikTok untuk menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Tak sengaja patahkan sofa

Menurut Syakir, dia hanya menemani rakannya untuk membeli pakaian namun kejadian tidak diduga pula berlaku.
Apa yang membuatkan dirinya geram adalah pemilik kedai tersebut langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan dirinya sebaliknya meminta ganti rugi untuk sofa tersebut.
“Saya baru duduk sikit, sofa itu dengan saya sekali terjatuh. Lepas tu aunty kedai tak tanya saya okay ke tidak.

“Kawan-kawan saya gelabah dan terus angkat saya. Aunty itu datang depan saya dia cakap kerusi tu dah patah, awak ganti.

“Dengan tak tanya saya okay ke tak terus minta ganti. Waktu itu saya macam nak mengiyakan, tapi kawan saya bangkang,” jelasnya.

Dakwa kaki sofa memang tak kukuh

Dalam pada itu, Syakir juga mendakwa dia tidak oleh dipersalahkan sepenuhnya kerana sofa itu sendiri kurang kukuh.
“Sebab sofa patah je sampai buat laporan polis, ada yang komen memang patut saya bayar sebab saya yang rosakkan.

“Sini saya nak fahamkan, sofa itu untuk kegunaan orang ramai dan bukan saya sengaja rosakkan, itu tak sengaja.

“Bukan sofa yang patah tetapi kayu yang patah. Kayu ni sumpah ringan, tak tahulah dia tambah ke apa tapi dia ikat sahaja.
“Ringan dua jari je, dia letak skru macam itu sahaja yang elok sahaja cuma batang itu sahajalah yang macam terbuka.
“Kawan saya cakaplah yang ini kalau dia duduk pun patah, lepas itu aunty itu kata kerusi tu kalau orang main lompat lompat pun tak patah.
“Lepas tu dia kata saya berat sangat, saya pun terkejut. Kemudian saya kata tak apalah saya akan baiki bahagian yang rosak,” jelasnya.

Buat laporan polis

Bagaimanapun pemilik premis itu kemudian membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut dan mahu Syakir membayarnya atas kerosakan yang telah dilakukan.
Namun, pihak polis menjelaskan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada kes jenayah yang terlibat dan kerosakan itu juga tidak disengajakan.
Di bawah merupakan video penerangan penuh Syakir:
@syakirbelon4.0
Sofa patah harap jelas♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
@syakirbelon4.0
Part2♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya
@syakirbelon4.0
♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar