,
Viral

Pelancong China Ini Dedah Hampir Mati Kelaparan Sebab Makanan Malaysia Tak Kena Dengan Tekak

Izwan Isa
01/03/2024
07:55 MYT
Seorang pelancong dari China viral gara-gara kenyataan yang dibuat terhadap menu masakan yang di masak oleh peniaga-peniaga tempatan.
Menerusi satu klip video yang telah dialih bahasa, wanita itu mendakwa yang dia hampir mati kelaparan di tepi jalan disebabkan tidak lalu menjamah masakan yang dijual.
Kerja rumah tak buat ke? ??‍♂️ pic.twitter.com/OkXsLKhuFL— Mandarinjer (@mandarinjer) February 29, 2024 “Hari pertama di Malaysia hampir mati kelaparan di tepi jalan. Ini lauk yang dihidangkan. Betul-betul tak boleh makan. Akhirnya jumpa juga satu restoran Cina.
“Influencer mana yang beritahu saya, orang Cina penuh di jalanan (Malaysia). Tak perlu cakap Bahasa Inggeris. Boleh bergerak bebas.
“Saya dari semalam selepas turun kapal terbang sehingga sekarang baru jumpa tiga hingga empat orang Cina. Selebihnya I don’t speak Chinese,” katanya.
Apabila makanan yang dipesan sampai, wanita itu mengadu menu yang dimasak kelihatan kurang menyelerakan.
“Tak lalu nak makan. Tengok sos buat saya tak selera. Asalnya nak cari restoran seafood. Tapi masalah bahasa. Ada juga guna aplikasi alih bahasa tapi bila bercakap macam ayan dan itik juga,” katanya.
Meninjau ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen mengecam wanita tersebut dengan melabelkannya tidak pandai menyesuaikan diri di negara orang.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: “Hari Ini Baru Aku Tahu, Isteri Aku Ni Big Superstar” - Ubai Terkesima Show Shila Amzah Full House Di Macau!

BERITA TRENDING: Gara-Gara Pegang Beg Rakan Berstatus Datin, Wanita Tempatan Ini Ditahan Di China Selama 30…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Viral

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

gempak
04/09/2024
06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Viral

Sesuka Hati Ubah Resepi Kunafa, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Peniaga Makanan Tempatan

gempak
12/08/2024
05:25 MYT
Gabungan makanan antara tempatan dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.