gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
HIBURAN
Gandingan Menjadi, Peminat Mahu Ezzanie Jasny Bercinta Dengan Niezam Zaidi - “Kami Memang Serasi Masa…”
HIBURAN
‘Influencer’ Tayang Jam Tangan Palsu, Izara Aishah ‘Geram’ - “Duk Jeling-Jeling Kat Orang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia

Awani
Awani
07/04/2025
02:56 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia
Industri perfileman tanah air kehilangan seorang lagi pelakon veteran yang disegani ramai, Datin Noor Azizah Azizul Hassan yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Alami sesak nafas

Astro AWANI difahamkan pelakon yang berusia 79 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, sekitar pukul 3 pagi.
Menurut wartawan hiburan veteran, Muzlina Abu Bakar, berita pemergian pelakon veteran itu disahkan oleh anak Allahyarham Noor Azizah iaitu Khairena kepadanya.
Muzlina yang juga rakan karib Allahyarham Noor Azizah memberitahu, seniwati itu meninggal dunia selepas mengalami kesesakan nafas.

Bintangi filem Enam Jahanam

Sepanjang kerjaya lakonanya, Allahyarham Noor Azizah pernah membintangi filem Enam Jahanam arahan Tan Sri P Ramlee yang sekali gus memasyhurkan nama beliau dalam gelanggang perfileman.
Enam Jahanam diterbitkan pada sekitar 1969.
Penglibatan Allahyarham dalam dunia perfileman berlaku secara kebetulan ketika beliau melawat Studio Jalan Ampas di Singapura.
Semasa kunjungan itu, kejelitaan Allahyarham Noor Azizah mendapat perhatian seniman Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud yang menawarkannya membintangi filem ‘Dayang Senandong ‘ pada tahun 1965 sebagai pelakon tambahan.
Allahyarham Noor Azizah juga pernah ditawar berlakon dalam filem terbitan negara jiran, Indonesia sebagai pelakon utama dalam filem ‘Malin Kundang’ pada tahun 1971 bersama aktor negara itu, Rano Karno.
Bahkan, Allahyarham juga pernah memegang watak Doktor Susan Lim dalam produksi Australia drama bersiri terkenal, iaitu ”Bailey Bird’ pada 1977.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#pelakon
#Meninggal
#Veteran
#Dunia
#Noor Azizah',
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement