,
Laman Utama

Pelakon Veteran Cedera Dipukul, Mengaku Suami Ngamuk Soal Ranjang: “ Perkahwinan Pertama Tak Macam Ini…”

Maliah Surip
10/01/2023
22:45 MYT
Dunia hiburan Indonesia saat ini sedang heboh dengan pemberitaan mengenai kes keganasan rumah tangga yang dialami pelakon veteran dan juga ahli politik, Venna Melinda.
Hal ini kerana Venna baru mendirikan perkahwinan keduanya dengan seorang pelakon veteran juga, Ferry Irawan pada bulan Mac lalu.
Namun baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Venna telah dipukul suaminya sehingga mengalami pendarahan teruk pada bahagian hidung dan terpaksa ditahan di hospital.
Mengikut kronologi, Venna yang telah melaporkan kes tersebut kepada pihak polis mendakwa telah dipukul di sebuah hotel selepas mereka bertengkar.
Selain kes pukul yang pertama kali berlaku dalam rumah tangga mereka, pelakon berusia 50 tahun itu juga rupa rupanya sebelum ini pernah curhat mengenai sikap baran suaminya.
Sikap baran Ferry akan selalu terserlah apabila terkait dengan soal hubungan ranjang.
Menurutnya, Ferry mengajak berhubungan suami isteri hampir setiap hari. Bahkan dia juga pernah melayani keinginan suaminya berasmara dua kali sehari.
"Sampai detik ini, kadang sehari dua kali. Selalunya setiap hari. Ini agak mengejutkan saya.
"Kerana saya fikir pada perkahwinan pertama dahulu saya tidak perlu melayani suami seperti ini. Tapi sekarang usia saya sudah 50 tahun, perlu komited kadang sehari dua kali.
“Jika permintaan tidak ditunaikan atau perlu ditangguh, dia akan mengamuk. Mengamuk seperti anak kecil. Nanti saya akan diugut juga ya,” kata Venna dalam seperti dilaporkan Detik.com yang memetik perbualan video di YouTube Orami.
Sementara itu mengikut fakta kes, Venna telah dicederakan suaminya sewaktu menginap di sebuah hotel di Kediri, Jawa Timur.
Venna mengalami pendarahan pada bahagian hidung selepas mendakwa suaminya menekan hidungnya menggunakan kepala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar