,
Hiburan

Pelakon Train To Busan, Ma Dong Seok Sertai Angelina Jolie Dalam 'The Eternals'

Kamaruddin Razal
19/04/2019
12:31 MYT
Pelakon Korea Selatan, Ma Dong Seok yang terkenal dengan lakonan cemerlangnya dalam filem Train To Busan bakal menyertai Angelina Jolie dalam filem Marvel The Eternals, lapor Astro Awani.
The Eternals merupakan satu filem yang diilhamkan oleh watak komik hasil karya Jack Kirby.
Filem ini digambarkan sebagai evolusi manusia yang memiliki kekuatan luar biasa dan jangka hayat yang lebih lama daripada manusia biasa.
Setakat ini, Jolie sedang berbincang untuk memainkan watak utama The Eternals, bernama Sersi, dan selain itu pelakon Kumail Nanjiani juga sedang dalam perbincangan untuk menyertai filem tersebut.
The Eternals adalah salah satu daripada dua filem Marvel yang akan memulakan penggambarannya bersama dengan filem Black Widow dibintangi Scarlett Johansson.
Syarikat agensi pelakon Big Punch ENT berkata peranan pelakon itu belum lagi disahkan lagi. "Kami sedang menunggu maklum balas daripada Marvel."
Hasil lakonan Ma yang mantap di dalam Train to Busan telah menjadikannya sebagai antara pelakon yang popular di Korea.
Buat masa ini, Marvel Studios belum lagi menetapkan tarikh tayangan walau bagaimanapun The Eternals disahkan bakal memulakan penggambaran Ogos ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Angelina Jolie Upah Pembunuh Bunuh Dirinya: “Dia Beri Saya Masa Dua Bulan…”

gempak
30/07/2024
14:00 MYT
Pesohor Angelina Jolie mendedahkan pernah mengupah seorang pembunuh untuk membunuh dirinya sewaktu dia berusia 22 tahun.
Hollywood

Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah

gempak
25/05/2024
14:55 MYT
Seorang lagi anak mereka menggugurkan nama Pitt sekaligus tidak mahu dikaitkan dengan aktor tersebut sebagai lelaki yang pernah menjadi bapa mereka.
Hollywood

Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

gempak
05/04/2024
15:55 MYT
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
Laman Utama

Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy

gempak
07/12/2023
14:44 MYT
Angelina Jolie mengaku tidak pernah terpesona dengan glamor dunia Hollywood.
Laman Utama

Pax Gelar Brad Pitt Bapa Yang Keji, Buat Hidup Anak Angelina Jolie Macam Dalam Neraka

gempak
21/11/2023
14:31 MYT
Luahan anak angkat Angelina Jolie.