Laman Utama
Pelakon Shera Aiyob Mahu Berhenti Kerja Kerana Terlalu Tertekan?
Aktres Shera Aiyob menyatakan hasrat untuk berhenti kerja akibat tekanan yang terlalu tinggi dihadapinya sehingga menganggu mental dan fizikal.
Namun itu bukanlah hal realiti yang sebenar, perkara tersebut dikongsikan Shera ketika dia membawakan watak sebagai seorang jururawat bernama Fitrah di dalam drama Lockdown 2.
Menurut Shera atau nama aslinya Nur Syahirah Aiyob sekiranya dia seorang jururawat di dunia realiti sebenar, hal itu pastinya memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga berfikir untuk berhenti dari pekerjaan tersebut.
“Bila letak diri saya pada situasi tersebut, memang betul-betul berisiko.
“Saya merasakan sendiri tekanan dan dilema sehingga buat saya rasa nak berhenti kerja, tapi tidak boleh sebab saya masih perlu cari rezeki.
“Watak Fitrah itu seorang wanita yang hebat sehingga saya beri tahu pada pihak produksi sekiranya saya betul-betul berada di situ, pasti saya tidak boleh kawal.” tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Isteri kepada aktor Zahiril Adzim itu turut berpesan kepada masyarakat untuk sentiasa memudahkan dan meringankan beban mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan.
“Kita tidak berada di tempat mereka, cabaran mereka tersangatlah besar.
“Kita yang bukan frontliner ni perlulah mudahkan kerja mereka dan hargai setiap saat tugas mereka.
“Waktu mereka untuk bersama keluarga pun sangatlah terhad, tidak macam kita,” tambahnya dengan ringkas.
Saksikan drama Lockdown 2 yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria, saluran 104 setiap Isnin jam 9.00 malam serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video