,
Terkini

Pelakon James Bond, Sir Roger Moore Meninggal Dunia Akibat Kanser

Syafiqah Jalal
23/05/2017
15:17 MYT
Pelakon filem James Bond, Sir Roger Moore, 89, meninggal dunia kerana kanser di Switzerland.
Kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri oleh wakil keluarganya menerusi laman Twitter sebentar tadi.
"Dengan rasa berat hati kami memaklumkan bahawa bapa kesayangan kami, Sir Roger Moore telah meninggal dunia hari ini," tulis wakil keluarganya.
Sir Roger Moore popular menerusi wataknya dalam siri televisyen 1960-an The Saint, The Persuaders dan beberapa siri filem James Bond.
Tujuh filem James Bond yang pernah dibintangi Sir Roger ialah Live and Let Die (1973), The Man with the Golden Sun (1974), Spy Who Loved Me (1977), Moonraker (1979), For Your Eyes Only (1981), Octopussy (1983) dan A View to a Kill (1985).
Wataknya sebagai ejen perisik M16 melakar sejarah sebagai pelakon paling lama dalam fraicais filem James Bond.
Bintang filem itu pernah empat kali berkahwin dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Menurut sumber, mendiang Sir Roger akan disemadikan di Monaco.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: BBC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.