,
Hiburan

Pelakon ‘Game of Thrones’ Antara Yang Diumumkan Menyertai Angelina Jolie Dalam Filem The Eternals!

Hanafis Haris
26/08/2019
09:48 MYT
Keterujaan membabitkan fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) dilihat semakin memuncak apabila Marvel membuat pelbagai pengumuman pada acara D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California, baru-baru ini.
Paling mengejutkan adalah pelakon ‘Game of Thrones’ (GoT) Kit Harrington kini disahkan sebagai pelakon terbaru yang bakal membintangi The Eternals.
Menurut laporan Deadline, Harrington bakal membawa watak The Black Knight.
Tidak cukup dengan itu, pelakon Captain Marvel, Gemma Chan juga turut diumumkan membintangi filem tersebut.
Pengumuman ini sekali gus menjadikan Gemma pelakon pertama yang memegang dua watak dalam MCU. Kedua-dua pelakon ini akan menyertai Angelina Jolie, Kumail Nanjiani, Salma Hayek, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Lia McHugh dan Don Lee.
Sementara itu menerusi D23 Expo 2019, pihak Marvel turut melancarkan poster bagi setiap karakter bagi filem tersebut.
Anda boleh lihat kesemua gambar tersebut di bawah.
Untuk makluman, The Eternals dijangka ditayangkan di pawagam pada 6 November 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

“Ahli Sihir Diberi Gelaran Doktor? Nampak Tak?” - Teori Konspirasi Dah Muncul, Persoal Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

gempak
10/05/2022
05:15 MYT
Terbitan Marvel Studio iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness antara yang menjadi mangsa.
Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

gempak
20/01/2022
01:21 MYT
Dia meninggal di hospital