VIRAL
Pelajar Perubatan M*ut Ditikam Rakan Sebilik Sebab Kucing
Seorang pelajar wanita berusia 23 tahun ditemui maut dengan beberapa kesan tikaman selepas bertengkar bersama rakan sebiliknya di Houston, Amerika Syarikat.
Tamilore Odunsi yang merupakan seorang pelajar jurusan perubatan mati selepas bertengkar dengan rakan sebiliknya Chester Lamar Grant dipercayai kerana kucing yang menjadi haiwan peliharaan mereka.
Odunsi dan Grant baru berkongsi bilik selama dua bulan.
Menerusi kronologi kes, pihak polis telah memeriksa kediaman pelajar sebelum melihat kesan darah di hadapan bilik dan menemui Odunsi dengan beberapa tikaman manakala Grant dengan hanya satu tikaman, lapor People.
Keduanya dilaporkan telah bertengkar mengenai kucing mereka sehari sebelum kejadian sehingga membawa kepada kes pembunuhan dengan Grant menikam Odunsi.
Odunsi kemudian disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala Grant menikam dirinya sendiri enam kali termasuk di leher dalam usaha membunuh diri.
Dia bagaimanapun selamat dan menerima rawatan di hospital sebelum didakwa atas tuduhan membunuh.
Must-Watch Video