,
Laman Utama

"Pelajar Kita Ramai Lemah Bahasa Melayu" - Cikgu Faizul

Amri Hassan
22/01/2023
06:13 MYT
Kurang membaca, lebih banyak menggunakan media sosial dan fokus pada mata pelajaran tertentu antara masalah yang sering dihadap pelajar dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul.
Menyedari perkara itu, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melancarkan kelas pembelajaran dalam talian secara percuma untuk mata pelajaran Bahasa Melayu selama 15 hari bermula 15 hingga 29 Januari ini.
Kelas percuma yang terbuka kepada semua pelajar tahun enam hingga tingkatan lima itu bakal dibimbing oleh Muhammad Faizul Abd Hamid atau Cikgu Faizul.
Cikgu Faizul berkata, sejak dulu lagi pelajar terdedah kepada banyak kesalahan tatabahasa hingga menyebabkan mereka sudah biasa untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
"Antara kesalahan tatabahasa yang sering digunakan ialah penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’, kata ‘ianya’, dan sebagainya. Lama-kelamaan, norma kesalahan tatabahasa ini akan menjadi kitaran budaya yang bobrok.
"Sehubungan itu, saya berasa terpanggil untuk memperbetul masalah ini. Selain mengajarkan tatabahasa yang betul di dalam kelas, saya juga akan berkongsi tip dan formula mengenai penggunaan tatabahasa yang betul menerusi media sosial supaya proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih santai dan lebih dekat dengan jiwa orang muda," katanya.
Kurang baca surat khabar Menurutnya, kini pelajar banyak menghabiskan masa dengan media sosial membuatkan mereka kurang membaca surat khabar atau bahan bacaan lain yang sarat dengan isu semasa.
"Isu semasa adalah perkara yang sangat penting untuk pelajar memperoleh kosa kata baharu dan menjana idea apabila menulis karangan.
"Jadi, saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu pelajar menulis karangan dengan mengaitkan isu-isu semasa dalam kelas seperti isu inflasi, penyakit berjangkit, pelancongan perubatan, industri revolusi 4.0 dan sebagainya. Untuk memudahkan pelajar, perbincangan ini turut akan disertakan dengan formula membina ayat seperti PerMaSA, IMBaKUP dan KPCH," katanya.
Pentingkan subjek sains Menurutnya lagi, terdapat segelintir pelajar, terutamanya yang mengambil aliran Sains yang lebih mementingkan subjek elektif seperti Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Biologi kerana dianggap susah.
"Keadaan ini menyebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan membuat latihan bagi subjek berkenaan hingga menyebabkan sujek Bahasa Melayu dipandang mudah.
"Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila terdapat pelajar yang menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah proksi kepada kepandaian dan status. Oleh itu, mereka lebih mementingkan subjek Bahasa Inggeris," katanya.
Untuk pendaftaran boleh layari laman web www.ptti.my
Terdahulu, Cikgu Faizul bersama enam guru baharu PTTI diraikan dalam Majlis Pelancaran PTTI 360° New Teacher, More Subjects dalam usaha pusat itu untuk melebarkan sayap bagi lebih banyak subjek yang ditawarkan seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan, Matematik, Sains dan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

gempak
18/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nina Kho mengakui masih banyak perlu diperbaiki sebagai seorang pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.