,
Berita

Pegawai Nafi Dakwaan Donald Trump Makan Fries Sambil Tengok TV - "Dia Kerja Keras Sampai Tak Makan..."

Asraf Aided
27/04/2020
06:24 MYT
Seorang pegawai White House menafikan dakwaan yang mengatakan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai banyak masa terluang dan hanya memakan 'fries' sambil menononton TV ketika dunia berhadapan pandemik COVID-19 ketika ini.
Memetik laporan New York Post, pegawai yang bernama Mark Meadows itu memaklumkan Trump sentiasa bekerja keras sehingga dapat membuat puluhan panggilan berkaitan urusan kerja setiap hari.
"Apa yang boleh katakan adalah keprihatinan saya sekarang adalah untuk memastikan Trump mempunyai masa untuk makan.
"Trump sangat sibuk bekerja, dia boleh membuat 50 panggilan berkaitan urusan kerja setiap hari, malah saya juga tidak melihat dia ada masa lapang melebihi 10 minit sejak kebelakangan ini," kata Meadows.
Meadows juga mengatakan Trump sering tidak berkesempatan untuk makan tengahari.
"Trump selalu tak sempat untuk makan tenghari, jika berkesempatan sekalipun hanya 10 minit sahaja," katanya lagi.
Terdahulu, Trump telah membuat 24 panggilan kerja pada pagi Rabu.
Difahamkan, presiden Amerika Syarikat itu mula membuat panggilan kerja seawal jam 6.30 pagi.
Sumber : New York Post
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

gempak
21/08/2024
04:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa membuat kenyataan palsu dengan mengaitkan penyanyi popular, Taylor Swift sebagai penyokongnya.
Berita

FBI Sahkan Telinga Trump Memang Terkena Peluru Semasa Cubaan Bunuh

gempak
27/07/2024
18:55 MYT
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan membunuhnya awal bulan ini di negeri Pennsylvania, menurut kenyataan FBI pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Viral

Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

gempak
15/07/2024
13:40 MYT
Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.
Berita

Trump Ditembak Ketika Kempen, Berdarah Di Telinga

gempak
14/07/2024
01:16 MYT
Beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Pennsylvania pada pagi Ahad (waktu tempatan).