,
Laman Utama

#PE3: Kemah Boh! Polis Evo 3 Kutip RM50 Juta, Filem 2023 Paling Laris Di Malaysia!

Amri Hassan
18/06/2023
03:19 MYT
Filem Polis Evo 3 berjaya cipta rekod dengan meraih kutipan RM50 juta dalam tempoh 24 hari rasmi termasuk tayangan awal dan sekali gus menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem aksi komedi nombor 1 paling laris di Malaysia sepanjang masa.
Meskipun memasuki minggu ke-empat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan dihimpit dengan pelbagai filem-filem daripada francais besar Hollywood, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton dari semua latar serta peringkat usia.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya bersyukur atas sambutan memberangsangkan dari penonton.
"Alhamdulillah, syukur atas sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta para penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton di luar sana telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan.
"Sementara itu, kejayaan memperoleh kutipan RM50 juta mengukuhkan jenama Polis Evo sebagai francais nombor 1 negara dengan kutipan tertinggi.
"Dalam pada itu, terima kasih kepada pihak pawagam yang masih menyokong Polis Evo 3 dengan memberikan jumlah tayangan yang masih tinggi meskipun sudah memasuki minggu ke-empat tayangan.
"Terima kasih juga kepada pihak media, rakan penerbit, barisan pelakon, dan istimewa penonton Malaysia, tanpa anda kejayaan ini tidak akan berhasil," katanya.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.
Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.