,
Laman Utama

PdPR: MBM Minta KPM Selesai Masalah Kekurangan Peranti Dalam Keluarga Tidak Berkemampuan

Zulaikha Yusof
25/01/2021
23:42 MYT
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sejak 20 Januari lalu mencetus pelbagai reaksi daripada pihak guru, ibu bapa dan murid.
Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan, meskipun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan, namun, isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.
Sehubungan itu, tegas beliau, dalam mencari titik penyelesaian masalah ini, perkara utama yang perlu diberi tumpuan ialah melihat kategori pelajar yang berhadapan kesulitan.
Katanya, ada sekelompok pelajar yang mampu memiliki peranti sementara sebahagian lagi tidak mempunyai keupayaan sama.
Demikian juga isu liputan atau akses internet juga tidak sama bagi sekolah yang kedudukannya di dalam bandar dengan sekolah luar bandar.
"(Justeru) kena ada pengasingan dari segi nak melaksanakan PdPR dengan (memberi tumpuan) cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) supaya murid tidak mampu diberi peranti tersebut melalui peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Sebagaimana kita tengok, Ustaz Ebit Lew boleh bagi (peranti) kepada berapa ramai rakyat Malaysia yang memerlukan, takkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan bertanggungjawab tidak boleh melunaskan tanggungjawab ini kepada mereka semua," katanya kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew mendedahkan dia menerima 43,000 kiriman mesej daripada pelajar-pelajar yang memohon bantuan beliau untuk membeli peranti bagi kegunaan PdPR.
Susulan itu, beliau menyumbangkan sejumlah peranti berupa tablet kepada pelajar-pelajar sekolah yang tidak berkemampuan.
BACA: "Hero Sudah Mari" - Prihatin Nasib Pelajar Tercicir, Ustaz Ebit Lew Sumbang Tablet PC Sebanyak...
Tambah Muhammad Fadzli lagi, selain bantuan kerajaan, komuniti setempat juga perlu memainkan peranan dalam membantu proses PdPR yang dilaksanakan ketika ini.
"Ada sebahagian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan sangat baik membantu dalam proses PDPR, ada sebahagian membantu pihak sekolah menyampaikan bentuk latihan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar.
"Saya percaya, kalau kita mengharapkan guru sahaja melaksanakan perkara ini, matlamat ini susah nak sampai kepada mereka, sebab murid ramai di sekolah itu.
"Jadi peranan komuniti sangat penting, sama ada melalui PIBG atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya," katanya lagi.
Dalam pada itu, selain faktor liputan internet dan peranti yang menjadi kekangan utama tambah Muhammad Fadzli, isu keselamatan siber juga perlu diberi perhatian terutamanya ibu bapa.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.
Berita

Pelajar Kolej Maut Kereta Dipandu Adik Bertembung Dengan Lori

gempak
19/08/2024
10:25 MYT
Seorang pelajar kolej maut sementara adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru - Air Hitam, Johor pada Ahad.
Viral

Netizen Tersentuh Lihat Video Pelajar Kongsi Makanan Satu Pinggan - “Ini Budaya Yang Kita Pertahankan”

gempak
08/08/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan dua pelajar berbangsa Melayu dan India sedang menjamah makanan berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.