VIRAL
Pawang Diserang Buaya Sewaktu Ritual, Keluarga Dakwa Jelmaan Manusia
Seorang pawang mengalami luka dan patah tulang tangan selepas diserang seekor buaya sewaktu melakukan ritual di sebuah taman pelancongan, Cimory Land, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan.
BERITA TRENDING: Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir
BERITA TRENDING: Cakap Tuhan Seperti Ibu Bapa, Pawang Hujan Disifatkan Hina Agama
BERITA TRENDING: Dedah Lakaran Wajah ‘Penghantar Sihir’ Datuk Ustaz Kazim, Pawang & Pelukis Alam Ghaib Ini Akhirnya…
Apa yang menarik, buaya tersebut didakwa merupakan jelmaan manusia yang merupakan salah seorang penduduk kampung yang telah hilang saat banjir melanda Kampung Kajang, Lorong 1, Kelurahan Tamangapa.Warga kampung datang ke Cimory Land untuk ‘menjemput’ buaya yang dikatakan jelmaan manusia itu di pusat tersebut selepas haiwan itu diselamatkan dan diletakkan di situ selepas banjir melanda kampung mereka.
Sewaktu ritual sedang dijalankan dengan pawang yang dikenali sebagai Baco Dg Rani ‘memujuk’ buaya jelmaan untuk dibawa pulang, dia telah diserang secara tiba-tiba, lapor Detik.com.
Buaya yang telah dipersembahkan dengan pisang dan telur itu menyerang pawang tersebut dengan menyambar tangan sehingga luka dan patah.
“Tangannya tidak putus tapi mengalami luka dan patah tulang. Dia dikejarkan ke hospital selepas diserang. Pawang itu dibawa keluarga yang mendakwa anggota keluarga merea hilang sewaktu banjir dan menjelma sebagai buaya,” wakil pihak berkuasa tempatan.
Must-Watch Video