,
Laman Utama

Pavithra Tarik Balik Tuduhan, Sugu Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada….

Hanafis Haris
17/09/2020
09:13 MYT

Bekas pekerja ladang M Sugu dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mencederakan isterinya yang juga Youtuber (penggiat YouTube) masakan S Pavithra.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Menerusi laporan Astro Awani, Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi berikutan Pavithra mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan ketika prosiding.

Terdahulu, peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi yang mewakili tertuduh memohon mahkamah melepas dan membebaskan Sugu kerana saksi utama iaitu pengadu kes itu memaklumkan tidak akan meneruskan kes tersebut.

Bagaimanapun, Liyana Zawani memohon mahkamah untuk melepas tanpa dibebaskan tertuduh daripada pertuduhan, mengambil kira kemungkinan pihak pendakwaan mempunyai keperluan atau sebab yang kukuh untuk menuduh semula kes berkenaan.

Sugu, 29, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan berkenaan, pihak pembelaan memberitahu akan menghantar surat permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula status kes dan meneliti semula pertuduhan terhadap Sugu.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes untuk jawapan representasi.

BACA: Didakwa Cederakan Isteri, Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman 3 Hari?

Sumber : Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Cupcake Aisyah Buka Mulut Mengenai Nana - “Saya Hormat Keputusannya…”

gempak
06/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah akhirnya berbicara mengenai kisah sebenar yang berlaku antara dia dan sepupunya, Nana.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
Terkini

Saluran Youtube MONSTA Digodam Syarikat Crypto – “Pasukan Kami Sedang Giat Meneruskan Siasatan”

gempak
16/04/2024
06:30 MYT
Saluran YouTube animasi Monsta yang memiliki lebih 13.5 juta pelanggan (subscribers) telah menjadi mangsa jenayah siber.