,
Hiburan

"Patutlah Arwah Yasmin Ahmad Sayang ..." - Khiriah Layang Kata-Kata Semangat Untuk Syafie Naswip, Minta Sayang Mak Ayah!

Amri Hassan
06/08/2019
09:45 MYT
Pelakon Noorkhiriah memuji keperibadian aktor yang terhimpit dakwaan kontroversi memukul bekas tunang, Syafie Naswip menerusi entri terbaharu di Instagramnya.
Kata Khiriah sambil mengimbas semula kenangan ujibakat filem Mukhsin, Syafie antara pelakon yang sentiasa menghormati orang lain.
"Akak kenal adik akak ni dari umur 17 tahun semasa ke Los Angeles selepas menang Anugerah Skrin.
"Serius anak ini hormat orang tinggi, patutlah arwah Cik Min (Yasmin Ahmad) sayang gila. Kalaulah Cik Min masih ada...
"Masa Pie pergi audition Mukhsin ada kisah sebalik kisah, nak hantar sepupu pergi ujibakat rasa-rasanya tapi Pie dapat jadi Mukhsin. Dengan rambut sikat tepi," tulis Khiriah.

Dok spital ni mula ler nk terobek ituini,apalagi nk wat..ding2 wad pn akk dh nmpk mcm panggung wayang..akak kenal adik akak ni dari umo 17 thn ssama p LA ms menang Anugerah Skrin..dh lama dlm industry..giler besor bakat dia..akk kat sana mmg kemana dgn Pie sb dia terror bab2 ambk gmbr..mmsg selenge je pasai tk pernah2 mimpi jejak kaki ke Hollywood tuuu... akk kan antu bergambo..mmg akk pegang betui Pie masa kat sana..demam pn ttp bgambo..seyes,anak ni hormat org tinggi tahap gaban..patutlah arwah Cik Min #YasminAhmad syg ggiler,kalaulah Cik Min masih ada?..masa Pie p odition Mukhsin ada kisah sblk kisah..nak anta kazen p odition rasanya last2 Pie jadi Mukhsin..dgn rambut sikat rapi masatu tk silap akk pakai tencho kan dik..Alhamdulillah,akk ada lee sc gak dlm Mukhsin..merasa leerrr..tp kenangan p LA mmg best..dedua tak reti mende..tp bab gambar mmg penuh album..kt pokok,pintu jamban pun akk suh Pie snap..asal nampak pelik tp idok lee leh post pasal lom btudung time tu..apapun oltebest utk mu adik @syafienaswip..baik atau buruk perjalanan hidup kita itu adalah pengalaman berharga..anggap apa saja yg jadi utk mematangkan kita..yg baik kekalkan..yg buruh suhsuhsuh mohon go away..Sayang Mak Ayah kita selagi dorang ada..Jaga diri bebaik..Akhlak Jaga yer..tcare dik??‍♀️

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Menasihati Syafie agar memuliakan kedua-dua ibu bapanya, saran Khiriah agar pelakon itu menjadikan setiap dugaan sebagai iktibar dan pengalaman hidup.
"Apapun, all the best untuk mu adik, baik atau buruk perjalanan hidup kita itu adalah pengalaman berharga.
"Anggap apa saja yang terjadi untuk mematangkan kita. Yang baik kekalkan, yang buruk mohon pergi jauh-jauh.
"Sayang mak ayah kita selagi mereka masih ada. Jaga diri baik-baik," ujarnya.
Sebelum ini, Syafie mendedahkan kepada Gempak bahawa ikatan pertunangannya dengan pelakon Aishah Azman putus atas persetujuan bersama.
BACA: Eksklusif: Ikatan Pertunangan Syafie Naswip Dengan Aishah Azman Terlerai
BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’
Kemudian, media tempatan melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun didakwa membelasah bekas tunangnya pada akhir Jun lalu.
Netizen mula berspekulasi dan membuat andaian bahawa pelakon yang dimaksudkan itu ialah Syafie.
Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada Syafie berhubung perkara tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Menang 6 Anugerah, Noorkhiriah Pasang Nawaitu Berlakon Demi Rezeki - "Saya Bekerja Kerana Ini Adalah Kerja Saya"

gempak
13/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Noorkhiriah telah memuat naik satu hantaran bagi membalas pertanyaan netizen yang bertanya bila dia akan memenangi anugerah di Malaysia.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Hiburan

Noorkhiriah Pernah Dipandang Serong Pekerja Butik Mewah - “Pelik Kan Manusia Suka Pandang Orang Selekeh Macam Hina Sangat”

gempak
31/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah dilayan sambil lewa oleh pekerja di sebuah butik mewah sewaktu ingin membeli-belah disebabkan penampilannya yang ringkas.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
30/10/2024
10:12 MYT
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.
Unitar