,
Berita

Pasport Singapura Paling Berkuasa Di Dunia, Boleh Melawat Ke 195 Negara Tanpa Visa

Gempak
30/06/2024
01:00 MYT
Singapura berada di tempat teratas pasport paling berkuasa di dunia pada tahun ini membolehkan pemegangnya melancong ke 195 negara tanpa mendapatkan visa terlebih dahulu, lapor South China Morning Post (SCMP).
Pemegang pasport Singapura mempunyai fleksibiliti paling banyak untuk perjalanan di seluruh dunia, berikutan keupayaannya untuk melawat 195 negara tanpa visa.

BERITA TRENDING: Ini 6 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia, Malaysia Di Tangga Ke Berapa?

BERITA TRENDING: Sekat Rakyat Dari Melawat Malaysia, Pasport Negara Indonesia Dari Tahun 1964 Tular

BERITA TRENDING: Letak Pasport Dalam Bagasi, Risteena Cemas Beg Tak Muncul-Muncul Setibanya Di Lapangan Terbang

BERITA TRENDING: “Kami Belajar Di Singapura Sejak Kecil” - Wanita Ini Rasa 'Dihina' Kerana Diminta Cakap Melayu Ketika Renew Passport

Jepun yang sebelum ini berada pada kedudukan nombor satu kini turun ke tangga kedua menyertai Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol, kesemuanya membenarkan akses ke 194 negara.
Berikut ialah senarai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa, mengikut bilangan pilihan perjalanan tanpa visa, berdasarkan Indeks Pasport Henley 2024.
Pengembara boleh melawat 195 negara tanpa visa pada 2024 jika mereka mempunyai pasport dari Singapura.
Pemegang pasport Sepanyol, Jepun, Itali, Jerman dan Perancis boleh melawat 194 negara tanpa visa pada 2024.
Sweden, Korea Selatan, Belanda, Luxembourg, Ireland, Finland dan Austria pemegang pasport boleh melawat 193 negara tanpa visa pada 2024.
Pemegang pasport United Kingdom, Denmark dan Belgium boleh melawat 192 negara tanpa visa pada tahun 2024.
Pengembara boleh melawat 191 negara tanpa visa pada 2024 jika mereka mempunyai pasport dari Norway, Portugal atau Switzerland.
Pemegang pasport Greece, Malta, New Zealand dan Australia boleh melawat 190 negara tanpa visa.
Pengembara boleh melawat 189 negara tanpa visa pada 2024 dengan pasport dari Hungary, Poland, Czechia atau Kanada.
Pasport dari Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan tangga kelapan dengan pengembara yang memegang pasport AS boleh melawat 188 negara tanpa visa perjalanan.
Pemegang pasport Estonia, Lithuania atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh melawat 187 negara tanpa visa pada 2024.
Pemegang pasport Latvia, Slovakia dan Slovenia boleh melawat 186 negara tanpa visa pada tahun 2024.
Indeks Pasport Henley ialah kedudukan pasport berdasarkan bilangan negara yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa visa, dan berdasarkan data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa.
Sumber: Agensi melalui Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.