HOLLYWOOD
Pasangan Bintang Realiti Dibebaskan Penjara Atas ‘Restu’ Donald Trump
Pasangan bintang realiti Todd dan Julie Chrisley dibebaskan daripada penjara selepas mendapat pengampunan Presiden Donald Trump, baru-baru ini.
Todd dan Chrisley sedang menjalani hukuman di penjara berasingan terlibat dengan jenayah penipuan cukai pada tahun 2022.
Todd dijatuhi hukuman 12 tahun di Pensacola sementara Chrisley menjalani hukuman tujuh tahun di Kentucky, Amerika Syarikat.
Mereka kini sudah dibenarkan pulang ke rumah seperti kenyataan diberikan wakil peguam pasangan tersebut, lapor CNN.
Keduanya sebelum ini didakwa atas pertuduhan konspirasi penyelewengan lebih RM127 juta selain terlibat dengan penipuan cukai.
Suami isteri itu bagaimanapun kekal mengaku tidak bersalah dan telah melalui beberapa proses permohonan rayuan kepada mahkamah.
Must-Watch Video