,
Viral

Pasang Pemasa Elak Pengguna Lepak Lama-Lama Dalam Tandas! Pelawat Rasa Diperhatikan & Tak Tenang Ketika 'Berurusan'

Gempak
16/06/2024
20:38 MYT
Sebuah tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengambil langkah berani apabila memasang pemasa dalam tandas untuk mengelakkan orang ramai membuang masa semasa menggunakan kemudahan awam itu.
Setiap tahun pusat pelancongan Grottoes Yungang di bandar Datong di Wilayah Shanxi menerima jutaan pelancong yang mengunjungi 252 gua dan 51,000 patung Buddha.

BERITA TRENDING: Kena Jirus Air Paip Gara-Gara Kantoi Skodeng Wanita Dalam Tandas Pusat Beli-Belah Di Batu Pahat

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen

BERITA TRENDING: Disebabkan Bosan, Lelaki Ini Cuci Tandas Di Stesen MRT

BERITA TRENDING: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!

Pengguna kritik

Bagaimanapun, pemasangan pemasa itu dikritik ramai kerana ia disifatkan menghalang 'kebebasan' pengguna tandas di tapak tersebut.
Sebuah video dikongsi di media sosial dan laman web China menunjukkan pemasa dipasang atas deretan tandas wanita. Setiap tandas menunjukkan tempoh masa pintu ditutup dan sedang digunakan.
Seorang kakitangan di gua itu memberitahu Xiaoxiang Morning Herald, sebuah akhbar tempatan yang dikendalikan oleh kerajaan, bahawa pemasa baharu dipasang untuk menampung peningkatan bilangan pelawat menggunakan tandas itu dengan lebih efisien.
"Mereka tidak berada dalam bilik tandas untuk mengawal tempoh anda.

"Mustahil kami akan menghalau mereka keluar dari tandas semasa mereka sedang membuang air besar dan sebagainya. Had masa lima hingga 10 minit diperuntukkan berada dalam tandas itu,' katanya.

Seorang pelawat memberitahu akhbar itu bahawa mereka mendapati berjaya menepati masa tetapi ia 'sedikit memalukan' dan berasa sedang diperhatikan.
Seorang lagi kakitangan memberitahu Nanchang Evening News bahawa pemasa itu telah beroperasi sejak 1 Mei tahun ini dan ia adalah untuk memastikan 'kesejahteraan semua tetamu sekiranya ada mereka menggunakan tandas untuk tempoh yang lama'. - Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar