,
Viral

“Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer ‘Tebuk Quran’

Muhammad Firdaus
31/05/2024
13:47 MYT
Wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada pempengaruh Islamik popular mendedahkan yang dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan reputasi influencer tersebut.

Tak Ada Niat Rosakkan Reputasi

Menurut wanita yang dikenali sebagai Atyka itu, dirinya hanya membuat pendedahan tentang lelaki itu kerana tidak mahu wanita-wanita lain menjadi mangsa gangguan pempengaruh tersebut.
“Saya tak pernah terniat nak menjatuhkan dia, saya cuma nak bagi pengajaran supaya dia tak gunakan content agama dia untuk memikat perempuan.
“Saya tak nak orang terpancing dengan content dia. Kalau saya nak jatuhkan dia daripada awal lagi saya dah buat, tapi tidak. Sebab benda ni dah melampau!” katanya ketika dihubungi Gempak.

“Pasal putus hubungan disebabkan ibu dia juga...

Atyka atau nama sebenarnya Nur Atyka Jalil, 24, tidak menafikan hubungannya dengan influencer berkenaan berakhir bukan sahaja kerana kontroversi yang terpalit tetapi juga disebabkan kritikan ibu lelaki berkenaan terhadap dirinya.
“Pasal putus hubungan disebabkan ibu dia juga. Takkan kita nak teruskan dengan mak mentua kita macam tu kan.
“Kita nak kahwin ni bukan kita nak kahwin dengan dia seorang, kita kena kenal juga ibu dengan ayah dia macam mana,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa

Sementara itu, disoal tentang personaliti pempengaruh berkenaan semasa mereka bercinta, Atyka memberitahu influencer tersebut berperwatakan suka mengusik (flirty).
Sekadar info, Atyka sebelum ini pernah memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer itu sebagai bukti bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan.
Selain itu, Atyka turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pempengaruh berkenaan dengan ibunya yang mengkritik tentang fizikalnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.