,
Terkini

Park Bo Ram Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Tandas Sebelum Meninggal Dunia

Maliah Surip
12/04/2024
03:44 MYT
Penyanyi Park Bo Ram yang baru muncul dengan lagu duet sempena menandai 10 tahun dirinya dalam industri seni disahkan meninggal dunia pada 11 April 2024.

30 tahun

Bo Ram yang popular selepas menyertai program SuperStar K2 meninggal dunia pada usia 30 tahun.
Menerusi kenyataan pihak polis, Bo Ram ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas di kediaman sahabatnya sewaktu ikut serta dalam acara berkumpul (gathering).
Selebriti tersebut dilaporkan telah masuk ke tandas sekitar pukul 9.55 malam waktu tempatan.
Salah seorang daripada sahabatnya kemudian curiga selepas Bo Ram ‘terlalu lama’ di dalam tandas sebelum menemui wanita itu tidak sedarkan diri berhampiran sink.

Di bawa ke hospital

Mereka kemudian menghubungi 911 dan bantuan CPR diberikan oleh pegawai kesihatan sebelum dia dibawa ke Hanyang University Guri Hospital.
Bo Ram bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan pihak hospital mengumumkan dia telah meninggal dunia pada pukul 11.17 malam waktu tempatan, lapor AllKPop.
Punca kematian masih dalam siasatan polis sementara agensi Bo Ram iaitu XANADU Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian artisnya.
“Park Bo Ram meninggalkan kita pada 11 April. Kami sangat berat hati mengumumkan berita duka ini.
“Kami akan berbincang dengan keluarga Bo Ram untuk urusan pengebumian,” tulis kenyataan tersebut.
Ironi, Bo Ram dilaporkan sedang mempersiapkan material baharu selepas sekian lama tidak muncul dengan album.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon Disaran Pembedahan Plastik Kerana Tidak Cukup Kacak Jadi Selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Meninggal Dunia, Organ Mendiang Pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun Akan Didermakan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.