,
Laman Utama

“Papa Tak Sebaik Yang Mama Impikan” - Tunang Anju Jawab Persoalan Status Hubungan, Mahu Terus Jadi Sahabat

Mya Amri
06/02/2023
23:30 MYT
Segala persoalan mengenai status hubungan cinta pelakon, Zarina Anjoulie terjawab apabila tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya membuka bicara mengenai perkara itu.
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Khazrul memaklumkan hubungan mereka berakhir namun masih berharap kekal bersahabat.
“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
"Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik," coretnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto-foto kenangan mereka berdua sepanjang menjalinkan ikatan percintaan.
"Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama," tulisnya.
Terdahulu, tindakan Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju memadamkan gambar-gambar bersama tunangnya itu menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.
Lebih-lebih apabila Anju turut naik gambarnya di Instagram dengan kapsyen ringkas “Broken tapi masih bertahan,".
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Hiburan

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

gempak
02/11/2024
07:00 MYT
Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.
Hiburan

“Aku Keluar Atas Dasar Kasihan…” - Zarina Anjoulie Nasihat Wanita Jangan Buang Masa Bercinta Dengan Lelaki Tidak Setaraf

gempak
28/10/2024
14:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie menasihati para wanita di luar sana agar tidak membuang masa dalam menjalani hubungan percintaan dengan seorang lelaki yang tidak sama taraf.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

Yazmin Aziz Mahu Lebih Fokus Kepada Karier Nyanyian, Enggan Fikir Soal Cinta

gempak
24/10/2024
11:55 MYT
Menurut pelantun lagu Bosan ini, selepas tamat pengajian dia kini sedang sibuk menghasilkan beberapa buah lagu dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.
Unitar