,
Laman Utama

“Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof Haslam

Asyikin Mayudin
31/10/2023
02:55 MYT
Umum mengetahui mengenai hubungan rapat antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.
Terbaharu, Sarah menerusi Instastory miliknya berkongsi paparan skrin mesej daripada Yusof yang memberi pesanan kepadanya agar untuk sentiasa menjaga kesihatan.
“Papa, mama tetap anggap Sarah menantu kami… kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat, jaga kesihatan, jangan stres sangat, bahaya pada kesihatan,” pesan Yusof.

Berita Trending: "Nama Dia Disebut Kerana..."- Ini Jawapan Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar, Akui Masih Sayangkan Puteri Sarah | Gempak

Membalas mesej itu, Sarah memberitahu dia pernah mengalami demam yang sangat teruk selama lima hari selepas selesai Teater Muzikal Kanak-kanak : Pak Pandir & Labu Ajaib.
Merindui ibu dan bapa mentuanya, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini juga mendoakan orang tuanya itu dalam keadaan baik serta dipermudah segala urusan.

Berita Trending: Fail Cerai, Maknanya Benarkan Ira Kazar Miliki Syamsul ...

“Rindu papa dan mama. Maaf Sarah sibuk kerja. Ya Allah, jagakan kedua ibu bapa mentuaku. Semoga diberikan afiyah dan dipermudahkan segala urusan mereka,” kata Sarah.
Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Berita Trending: “Saya Tak Pasti Ibu & Ayah Dah Jumpa Ira Kazar Atau Belum” - Syafiq Yusof | Gempak

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Berita Trending: “Badan Terlalu Lemah, Tak Boleh Berdiri Rasa Nak Pengsan,” - Puteri Sarah Terima Rawatan Emergency...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.